AEDES

Jabatan Kesihatan Negeri Melaka keluarkan 650 kompaun premis pembiakan Aedes

AYER KEROH 26 Ogos – Sejumlah 650 kompaun dikeluarkan Jabatan Kesihatan Negeri Melaka (JKNM) dalam tempoh tujuh hari selepas mendapati premis berkenaan terdapat tempat pembiakan Aedes.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Antidadah negeri Rahmad Mariman berkata, kesemua kompaun itu membabitkan jumlah RM325, 000 yang diperoleh pada minggu epid (ME) 33 antara 9 hingga 15 Ogos 2020.

Beliau berkata, kesemua kompaun itu dikeluarkan dalam aktiviti penguatkuasaan dibawah Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit (APSPP) 1975.

“Dalam tempoh tujuh hari itu sebanyak 94,998 premis diperiksa di tiga daerah di negeri ini dan daripada jumlah itu 5,450 didapati positif pembiakan.

“JKNM juga turut mengeluarkan 105 Perintah Notis (Seksyen 8) iaitu arahan pembersihan kawasan premis selain Melaka Tengah merekodkan bilangan kompaun tertinggi dengan 276 diikuti Jasin (238) dan Alor Gajah (136),” katanya.

Mengulas lanjut Rahmad berkata, bagi ME ke-34 yang berakhir pada 22 Ogos sebanyak 1,756 kes denggi direkodkan dengan lima kematian dengan 14 lokakiti hotspot.

“Melaka Tengah terdapat lapan kawasan iaitu di Taman Tanjung Minyak Perdana; Kampung Musai; Batu 3 Kampung Ku Sayang, Jalan Bertam Jaya, Taman Bertam Jaya; Desa Taming Sari; Kampung Bukit Pulau; Taman Paya Dalam dan Rumah Awam Ayer Molek.

“Manakala Jasin di Taman Bemban Jaya; Taman Maju Fasa 3; Rumah Awam Taman Datuk Abdul Aziz dan Kampung Solok Tengah dan bagi Alor Gajah pula hanya di Batu 7, Kampung Gangsa,” katanya.

Views:

5

Share and Enjoy !

Shares
107542687_3087340311350111_5623357797463108424_o Previous post Malindo Air dijangka mula operasi Oktober ini
kayak merdeka 2 Next post Wanita berbaju kebangsaan sahut ekspedisi kayak