
Abang Johari positif COVID-19, alami gejala ringan
KUCHING, 8 Mac – Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg disahkan positif COVID-19 dan mengalami gejala ringan sejak semalam.
Pejabat Premier Sarawak dalam kenyataan hari ini memaklumkan Abang Johari sedang menjalani kuarantin di rumah selama lima hari dan beliau ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang menunjukkan keprihatinan terhadap kesihatan dan keselamatan beliau.
Sementara itu, Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak Datuk Seri Fatimah Abdullah berkata Abang Johari dijadualkan untuk merasmikan sambutan Hari Wanita di Miri bagaimanapun beliau dimaklumkan pada 9 malam tadi bahawa Abang Johari tidak dapat hadir kerana keadaan kesihatannya.
Beliau berkata demikian ketika mewakili Premier pada acara itu hari ini. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
JELAJAH KETUA MENTERI BAWA MAKNA BESAR BUAT KELAS AL-QURAN SUNGAI RAMBAI
SUNGAI RAMBAI 6 Julai - Rumah Ngaji di bawah Kariah Masjid As-Syakirin, Pekan Sungai Rambai menerima sumbangan menerusi Program Jelajah...
PELABUHAN DARAT PACU PERTUMBUHAN EKONOMI, PEKUKUH MELAKA SEBAGAI HAB LOGISTIK
GADEK 6 Julai - Projek Melaka Inland Port atau Pembangunan Pelabuhan Darat Melaka (MIP) bernilai RM300 juta bakal menjadi pemangkin...
SANGGUP TEMPUH PERJALANAN 5 JAM DEMI DURIAN PREMIUM MELAKA
ASAHAN 6 Julai - Demi menikmati bufet durian premium Black Thorn dan Musang King pada harga murah, sebuah keluarga sanggup...
ORANG SERKAM PUJI DASAR MESRA RAKYAT KETUA MENTERI
SERKAM 6 Julai – Penduduk di Dewan Undangan Negeri (DUN) Serkam menyifatkan Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) sebagai platform...
JELAJAH KETUA MENTERI BUAT RAKYAT RASA DIHARGAI
SUNGAI RAMBAI 6 Julai - Penduduk Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rambai menyambut baik pelaksanaan Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat...
RM128.4 JUTA PACU KESEJAHTERAAN ORANG SUNGAI RAMBAI
SUNGAI RAMBAI 6 Julai – Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rambai menerima peruntukan melebihi RM128.4 juta menerusi pelbagai projek pembangunan,...

