
Satu PPS dibuka di Jelebu babitkan 22 mangsa banjir
Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Sembilan Lt Kol (PA) Mohd Syukri Md Nor berkata ia berikutan keadaan rumah mereka masih ditakungi air selepas hujan lebat berterusan sehingga mengakibatkan banjir di kawasan berkenaan semalam.
“Keadaan paras Sungai Triang ketika ini masih tinggi, jadi penduduk yang berada di kawasan rendah berhampiran sungai itu dipindahkan ke PPS yang dibuka pada 9.53 pagi. Cuaca ketika ini kelihatan cerah namun dikhuatiri hujan pada petang nanti,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Beliau berkata anggota APM setakat ini masih melakukan aktiviti pemantauan bagi memastikan tiada kejadian tidak diingini berlaku.
Semalam, beberapa daerah termasuk Jelebu, Kuala Pilah dan Jempol dilanda banjir kilat susulan hujan lebat berterusan selama beberapa jam sejak petang.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
1,500 ATLET ‘RACECATION’ RANCAKKAN PELANCONGAN SUKAN MELAKA
KOTA LAKSAMANA 8 September - Melaka semakin mengukuhkan kedudukannya sebagai destinasi pelancongan sukan apabila kira-kira 1,500 peserta dari lebih 45...
‘NAK BERKASIH BIARLAH PADA YANG SAYANG, MEMINTA PADA YANG ADA’ – AB RAUF
AYER LIMAU 8 September - 'Nak berkasih biarlah pada yang sayang, meminta pada yang ada', kata Ketua Menteri Datuk Seri...
‘PUKUL 1 PAGI ADA, 2 PAGI PUN ADA’ – AB RAUF PUJI KOMITMEN HAMEED
AYER LIMAU 8 September - "Masalah rakyat pukul 1.00 pagi dia ada, pukul 2.00 pagi dia ada. Mesyuarat di pejabat...
’19 SEPTEMBER BUAH BARU MASAK, KITA TUNGGU BUAH GUGUR…’
AYER LIMAU 8 September - "19 September buah baru masak, kita tunggu buah gugur..." demikian kiasan Ketua Menteri Melaka Datuk...
WRUR SUDAH JELAJAH 27 DUN, BERAKHIR DI TANJUNG BIDARA
AYER LIMAU 8 September - Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) kini memasuki siri ke-27 di Dewan Undangan Negeri (DUN)...
RM1.06 JUTA BANTU 42 KELUARGA AYER LIMAU NIKMATI KEDIAMAN LEBIH SELESA
AYER LIMAU 8 September - Sebanyak RM1.06 juta diperuntukkan bagi membantu 42 keluarga di Ayer Limau menerusi kerja baik pulih...

