
87 peratus pengundi awal tunai tanggungjawab hari ini
JOHOR BAHRU, 8 Mac – Sebanyak 87 peratus atau 18,625 individu telah melaksanakan tanggungjawab mereka bagi pengundian awal Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang berlangsung hari ini.
Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya Datuk Ikmalrudin Ishak berkata pengundi awal itu terdiri daripada anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Pasukan Gerakan Am (PGA), serta pasangan masing-masing.
“SPR merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada semua Pegawai Pengurus Pilihan Raya dan pasukan kerana telah menjalankan tanggungjawab dengan amat baik,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau juga menzahirkan penghargaan kepada pihak PDRM, ATM, Kementerian Kesihatan, Majlis Keselamatan Negara, Pihak Berkuasa Tempatan, media dan semua pihak yang terlibat atas segala kerjasama dan sokongan yang diberikan kepada SPR.
Pengundian PRN Johor akan diadakan Sabtu ini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
1,500 ATLET ‘RACECATION’ RANCAKKAN PELANCONGAN SUKAN MELAKA
KOTA LAKSAMANA 8 September - Melaka semakin mengukuhkan kedudukannya sebagai destinasi pelancongan sukan apabila kira-kira 1,500 peserta dari lebih 45...
‘NAK BERKASIH BIARLAH PADA YANG SAYANG, MEMINTA PADA YANG ADA’ – AB RAUF
AYER LIMAU 8 September - 'Nak berkasih biarlah pada yang sayang, meminta pada yang ada', kata Ketua Menteri Datuk Seri...
‘PUKUL 1 PAGI ADA, 2 PAGI PUN ADA’ – AB RAUF PUJI KOMITMEN HAMEED
AYER LIMAU 8 September - "Masalah rakyat pukul 1.00 pagi dia ada, pukul 2.00 pagi dia ada. Mesyuarat di pejabat...
’19 SEPTEMBER BUAH BARU MASAK, KITA TUNGGU BUAH GUGUR…’
AYER LIMAU 8 September - "19 September buah baru masak, kita tunggu buah gugur..." demikian kiasan Ketua Menteri Melaka Datuk...
WRUR SUDAH JELAJAH 27 DUN, BERAKHIR DI TANJUNG BIDARA
AYER LIMAU 8 September - Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) kini memasuki siri ke-27 di Dewan Undangan Negeri (DUN)...
RM1.06 JUTA BANTU 42 KELUARGA AYER LIMAU NIKMATI KEDIAMAN LEBIH SELESA
AYER LIMAU 8 September - Sebanyak RM1.06 juta diperuntukkan bagi membantu 42 keluarga di Ayer Limau menerusi kerja baik pulih...
