
Srikandi futsal Melaka belasah KL 10-0
SKUAD futsal wanita Melaka membuka tirai saingan Liga Premier Futsal Malaysia 2022 (Wanita) dengan langkah kanan selepas membelasah Kuala Lumpur 10-0, semalam.
Hanani Adriana Shamsul Azizan muncul wirawati Melaka dengan menjaringkan hatrik pada minit ke- 2, 12 dan 22.
Manakala, Zur’ain Kamarudin pula menyumbang dua gol buat pasukan pada minit ke-23 dan 24.

Selain itu, Nur Syafiqah Zainal Abidin, Intan Sarah Anisah Zulgafli, Noor Hedayah Amin, Syazalina Affandi dan Jaciah Jumilis turut menjaringkan satu gol bagi melengkapkan hari cemerlang Melaka.
Perlawanan yang berlangsung di Stadium Panasonic Shah Alam itu turut disaksikan dua EXCO Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Christopher Raj dan Dr Siti Faidul Maisarah Abdullah.
Hadir sama, Pengurus Teknikal Futsal FAM, Chiew Chun Yong.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
TOK RAUF INGATKAN PENGUNDI MUDA, BIJAK MEMILIH DEMI KESTABILAN
TANJUNG BIDARA 7 November – Pengundi muda diingatkan supaya tidak tersilap membuat pilihan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16...
PRN MELAKA: TOK JEZ BAKAL BENTANG PELAN ASPIRASI KHUSUS SUNGAI RAMBAI
SUNGAI RAMBAI 7 November - Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi N.28 Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rambai, Jezlee Pit...
BN-PN MENYATU, BEMBAN MENANG YADZIL DI BLOK KERAJAAN – AB RAUF
BEMBAN 7 November - Kerjasama politik yang terjalin antara parti komponen membuka ruang kepada calon Perikatan Nasional (PN) N.24 Dewan...
DEEPAVALI TETAP MERIAH DALAM BAHANG PRN MELAKA
BANDA HILIR 7 November - Bahang kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 yang semakin terasa tidak sedikit pun memudarkan...
PRN MELAKA: ONN HAFIZ MAHU KERJASAMA BN-PN KEKAL SELAMA-LAMANYA
SERKAM 7 November - Kerjasama antara Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) diharap dapat dikekalkan selama-lamanya bagi memperkukuh penyatuan...
PRN MELAKA: KJ LIHAT NORAZRIL ADA BANYAK KELEBIHAN DI REMBIA
REMBIA 7 November - Hubungan dua hala antara calon dan masyarakat setempat menjadi antara perkara yang ditekankan bekas Ketua Pemuda...

