
Melaka United raih mata pertama
KELAB Bolasepak Melaka United (Melaka United FC) berjaya meraih mata pertama Liga Super musim 2022 selepas mengikat Penang FC 1-1, malam tadi.
Dalam aksi di Stadium Bandaraya Pulau Pinang itu, anak buah Risto Vidakovic bagaimanapun terlebih dahulu ketinggalan pada minit ke-27 menerusi gol yang dijaringkan Danial Ashraf.
Tersentak dengan gol tersebut, skuad Hang Tuah kembali memperkemaskan permainan dan hasilnya berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-40.
Gol itu terhasil selepas kapten pasukan lawan, Abdul Latiff Suhaimi tertampan masuk bola ke gawang sendiri.
Separuh masa kedua menyaksikan kedua-dua pasukan rancak berbalas asakan bagi mencari gol kemenangan.
Namun, selepas tamat 90 minit keputusan 1-1 kekal, sekali gus membuatkan kedua-dua pasukan berpuas hati berkongsi satu mata.
Selepas ini, Melaka United dijadual beraksi buat kali pertama di laman sendiri iaitu menentang Sabah FC pada 5 Apr depan.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
1,500 ATLET ‘RACECATION’ RANCAKKAN PELANCONGAN SUKAN MELAKA
KOTA LAKSAMANA 8 September - Melaka semakin mengukuhkan kedudukannya sebagai destinasi pelancongan sukan apabila kira-kira 1,500 peserta dari lebih 45...
‘NAK BERKASIH BIARLAH PADA YANG SAYANG, MEMINTA PADA YANG ADA’ – AB RAUF
AYER LIMAU 8 September - 'Nak berkasih biarlah pada yang sayang, meminta pada yang ada', kata Ketua Menteri Datuk Seri...
‘PUKUL 1 PAGI ADA, 2 PAGI PUN ADA’ – AB RAUF PUJI KOMITMEN HAMEED
AYER LIMAU 8 September - "Masalah rakyat pukul 1.00 pagi dia ada, pukul 2.00 pagi dia ada. Mesyuarat di pejabat...
’19 SEPTEMBER BUAH BARU MASAK, KITA TUNGGU BUAH GUGUR…’
AYER LIMAU 8 September - "19 September buah baru masak, kita tunggu buah gugur..." demikian kiasan Ketua Menteri Melaka Datuk...
WRUR SUDAH JELAJAH 27 DUN, BERAKHIR DI TANJUNG BIDARA
AYER LIMAU 8 September - Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) kini memasuki siri ke-27 di Dewan Undangan Negeri (DUN)...
RM1.06 JUTA BANTU 42 KELUARGA AYER LIMAU NIKMATI KEDIAMAN LEBIH SELESA
AYER LIMAU 8 September - Sebanyak RM1.06 juta diperuntukkan bagi membantu 42 keluarga di Ayer Limau menerusi kerja baik pulih...
