
Zhafri Yahya dipanggil sertai latihan skuad kebangsaan
KUALA LUMPUR, 15 Mac – Pemain Kuala Lumpur City FC Zhafri Yahya dipanggil untuk menyertai kem latihan pusat skuad Harimau Malaya menjelang saingan Siri Tiga-Negara FAS 2022 di Singapura minggu depan.
Ketua jurulatih kebangsaan Kim Pan Gon berkata, Zhafri, yang sebelum ini berada dalam senarai bersedia, menggantikan Darren Lok dari Petaling Jaya City FC yang terpaksa digugurkan selepas positif COVID-19.
“Darren pada hari pertama latihan semalam hadir untuk melapor diri namun didapati positif selepas ujian RTK (Kit Ujian Pantas Antigen) yang dibuat dan disahkan sekali lagi menerusi ujian RT PCR (Reverse Transcription Polymerase Chain Reaction) yang keputusannya diperoleh pagi ini.
“Walaupun Darren berposisi penyerang, Zhafri disenaraikan untuk membolehkan panel jurulatih meninjau kemampuannya serta menyusun gerak dari penjuru bahagian tengah,” katanya menerusi kenyataan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MELAKA MOHON RM1 JUTA BAIK PULIH TREK BALAPAN STADIUM HANG JEBAT
ALOR GAJAH, 1 Nov - Kerajaan negeri Melaka memohon peruntukan tambahan sebanyak RM1 juta daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS)...
5,000 ANAK MUDA MELAKA TERIMA MANFAAT KURSUS KAHWIN PERCUMA
TANJUNG BIDARA 1 November - Seramai 5,000 anak muda di negeri ini menerima manfaat menerusi insentif Kursus Pra-Perkahwinan Percuma yang...
PENEMUAN RANGKA KAPAL BUKA LEMBARAN SEJARAH BAHARU MELAKA – KM
TANJUNG BIDARA 1 November - Kerajaan Negeri mengalu-alukan usaha membawa keluar rangka kapal yang dipercayai dari abad ke-13 yang ditemui...
ECO CRUISE SUNGAI RAMBAI DILANCAR TAHUN DEPAN
DUYONG 1 November - Perbadanan Pembangunan Sungai Dan Pantai Melaka (PPSPM) akan memperkenalkan satu lagi tarikan pelayaran menelusuri sungai di...
LARIAN BUDAYA ANTARABANGSA DUYONGKITA 2025 LEBIH MERIAH
DURIAN TUNGGAL 1 November - Kira-kira 20,000 peserta dijangka akan memeriahkan Larian Budaya Antarabangsa DUYONGkita 2025 yang akan berlangsung di...
WRUR: SAYUR SEGAR, MURAH DARI KEBUN KOMUNITI TAMAN ANGKASA NURI
DURIAN TUNGGAL 1 November - Penduduk Taman Angkasa Nuri kini menikmati sayur-sayuran segar pada harga lebih murah hasil inisiatif Kebun...
