
Yayasan DMDI prihatin mangsa banjir di Parlimen Jasin
AYER KEROH 17 Mac – Mangsa terjejas banjir sekitar Parlimen Jasin mendapat perhatian Yayasan Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) yang tampil menghulurkan bantuan kepada mereka memerlukan.
Naib Pengerusi DMDI, Prof Datuk Wira Dr Mohd Jamil Mukmin berkata sumbangan daripada Komuniti Jamiyah Singapura itu berbentuk barangan keperluan harian
“Kita bagi bantuan seperti kupon pembelian pakaian dan peralatan sekolah, peralatan memasak (dapur) dan perkakas elektrik (kipas) yang telah diserahkan kepada mangsa banjir di Kampung Parit Penghulu Benteng Sungai Rambai.
“Selain itu, mangsa banjir di Kampung Parit Putat dan Kampung Janda Berhias Sungai Rambai turut diberikan bantuan yang sama.
“Rata-rata penerima gembira dan ucapkan terima kasih kepada Komuniti Jamiyah Singapura serta DMDI atas sumbangan diberikan kepada mereka,” katanya kepada.
Sumbangan itu diketuai Pegawai DMDI, Saiful Azrin Mohamed Salleh dan Muhammad Qamar Khairudin,
Ends ..
Dmdi jasin 1 – PEGAWAI DMDI (kanan) menyampaikan sumbangan barang keperluan dapur kepada penerima di Parlimen Jasin.
Dmdi jasin 2 – ANTARA mangsa banjir yang menerima sumbangan dari Yayasan DMDI.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
1 RUMAH 1 JALUR GEMILANG: SEMAI PERASAAN BANGGA, CINTAKAN NEGARA
AYER KEROH 13 Ogos - Sebanyak 84 Komuniti MADANI seluruh Melaka akan digerakkan bagi menjayakan kempen '1 Rumah 1 Jalur...
BANTUAN TEPAT IKUT KEPERLUAN, JADI PENGUAT SEMANGAT PENJAJA KECIL
BEMBAN 13 Ogos - Peniaga kecil, usahawan dan penjaja menzahirkan penghargaan kepada Kerajaan Negeri atas sumbangan peralatan perniagaan sempena Program...
111 PENJAJA, USAHAWAN KECIL DUN BEMBAN TERIMA BANTUAN RM50,000
BEMBAN 13 Ogos - Seramai 111 penjaja dan usahawan kecil dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bemban menerima bantuan peralatan...
RUMAH BAHARU JADI SIMBOL HARAPAN BUAT AMRAN SEKELUARGA
GADEK 13 Ogos - Bertahun-tahun lamanya, setiap kali hujan lebat Amran Sulaiman, 59, dan isteri resah memikirkan ruang dalam kediaman...
MAIM ADA BUDI BICARA, SEDIA BANTU RAKYAT DALAM KESUSAHAN
AYER MOLEK 13 Ogos - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) mempunyai budi bicara yang tinggi dalam membantu golongan asnaf mahupun...
IKAN BAKAR TELOK MAS JADI FENOMENA
TELOK MAS 13 Ogos - Industri ikan bakar di Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas terus mencatatkan sambutan luar biasa...
