MBMB luluskan 2,512 tapak gerai bazar Aidilfitri dan pasar Ramadan

Masa Membaca:2 Minit, 7 Saat

AYER KEROH 17 Mac – Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) meluluskan permohonan 2,512 tapak bagi keseluruhan gerai pasar Ramadan dan bazar Aidilfitri di bawah kawasan pentadbirannya.

Datuk Bandar MBMB Datuk Zainal Abu berkata keseluruhannya sebanyak 12 permohonan bagi bazar Aidilfitri dan 19 pasar Ramadan diterima pihaknya.

Katanya, mengikut pecahan sebanyak 1,191 tapak bagi bazar Aidilfitri dan 1,321 bagi pasar Ramadan yang akan beroperasi bermula pada 3 April sehingga 3 Mei depan.

Zainal berkata, bagi bazar Aidilfitri, dijalankan di bawah sembilan Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan penetapan waktu operasi dari jam 5 petang hingga 12 malam.

Sementara itu katanya,  pasar Ramadan dijalankan di bawah 13 DUN dengan penetapan waktu operasi dari jam 3 petang hingga 8 malam sahaja.

Jelasnya pengunjung masih terikat kepada prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Antara SOP yang ditetapkan adalah tempat beratur dan jarak gerai dengan gerai adalah satu meter dan pengunjung digalakkan berurusan secara ‘cashless’ dan kesemua laluan adalah jalan sehala di mana pintu masuk dan keluar adalah berbeza.

“Kesemua konsep jualan hendaklah secara bungkus (take away) sahaja dan perlu mematuhi SOP asas dengan mengimbas  MySejahtera, peniaga sediakan buku log serta cecair pencuci disinfeksi.

“Namun SOP ini tertakluk kepada pindaan selaras dengan perubahan dasar-dasar baharu yang berkuatkuasa dari masa ke semasa,” katanya.

Untuk rekod, bazar Aidilfitri di Jalan Utama Taman Seri Telok Mas adalah yang terbesar di negeri ini dengan 370 tapak gerai diluluskan MBMB, diikuti di Jalan Klebang Utama 2 dengan 190 tapak dan 147 tapak di Jalan Hang Tuah.

Bagi lokasi pasar Ramadan, sebanyak 150 tapak di hadapan Sekolah Telok Mas mencatatkan sambutan tertinggi diluluskan diikuti 125 tapak di Jalan Peringgit dan 100 tapak masing-masing di Taman Cempaka, Taman Semabok Perdana dan Taman Rambai Jaya.

Secara keseluruhan bazar Aidilfitri yang diluluskan membabitkan Dataran Pahlawan (30 tapak), Uptown Pahlawan Walk (97), Pahlawan Street (70), Tempat letak kereta Pasaraya Lotus (57), Melaka Sentral (70), Pantai Puteri (50), Tapak Pasar Malam Duyong (30), Bandar Baru Sungai Udang (60) dan Simpang Paya Dalam ke Tambak Paya (20).

Manakala bagi pasar Ramadan yang diluluskan membabitkan di Mukim Pernu (10 tapak), Bahu Jalan Taman Cheng Perdana (80), Kampung Lapan (60), KM 10, Tanjung Kling (50), Berhampiran Balai Raya Balik Buluh, Klebang (80), Taman Perawan Bukit Rambai (15), Plaza Tun Mamat hadapan Plaza Hang Tuah (65), Taman Terendak Permai (80), Paya Dalam (21), Tapak Pasar Malam Paya Ikan (70), Tapak Pasar Malam Duyong (50), Taman Rambai Utama (45) dan Paya Rumput (20).

 

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1186
Kongsi :
Previous post 150 pegawai, anggota PDRM pantau bazar Ramadan Melaka
Next post Yayasan DMDI prihatin mangsa banjir di Parlimen Jasin
Ubah saiz-+=