
Ismail Sabri jamin PRU15 akan dibincangkan dalam “top five” UMNO
KUALA LUMPUR, 19 Mac – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini memberi jaminan isu pembubaran Parlimen bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) akan dibincang dalam kalangan βTop Fiveβ UMNO.
βTop Fiveβ merujuk kepada Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Presiden Datuk Seri Mohamad Hasan serta tiga Naib Presiden iaitu Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Ismail Sabri.
Ismail Sabri berkata selepas perbincangan dengan keempat-empat pemimpin parti, beliau akan membawa perkara itu untuk dibincangkan dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO, jemaah menteri sebelum dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong.
βJika kita (UMNO) yakin dengan kemenangan kita tak akan tunggu walau satu saat pun untuk bubar Parlimen untuk buat PRU15,β katanya disambut tepukan gemuruh perwakilan UMNO yang berada di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur, di sini.
Perdana Menteri berkata demikian dalam ucapannya penggulungannya pada Perhimpunan Agung UMNO 2021 yang berakhir hari ini.-BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
LEBIH 200 PENCAPAIAN DILAKAR SEPANJANG TIGA TAHUN PENTADBIRAN AB RAUF
SERI BENDAHARA 22 September - Lebih 200 pencapaian merentasi pelbagai bidang direkodkan Kerajaan Negeri sepanjang lebih tiga tahun pentadbiran diterajui...
MELAKA HARGAI JASA PESARA POLIS
SERI BENDAHARA 22 September - Kerajaan Negeri menyalurkan sumbangan keseluruhan berjumlah lebih RM300,000 kepada pesara dan persatuan Polis Diraja Malaysia...
JELAJAH KETUA MENTERI SAYANG RAKYAT DUN KLEBANG BAWA MANFAAT PELBAGAI LAPISAN
KLEBANG 22 September - Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Klebang memanfaatkan masyarakat setempat menerusi pelbagai bentuk...
RM7 JUTA DISALUR UNTUK LAKSANA PROJEK KECIL DUN RIM
RIM 22 September β Hampir RM7 juta diperuntukkan bagi melaksanakan pelbagai projek kecil di Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim dalam...
REZEKI ‘NEWBIE’, IKAN KURAU BAWA TUAH BUAT MOHD RIDZUAN DI TANJUNG BIDARA
TANJUNG BIDARA 22 September - Rezeki tidak salah alamat. Itulah yang berlaku kepada Mohd Ridzuan Jaapar, 40, apabila ikan kurau...
MAIM HULUR SUMBANGAN BAIK PULIH KEMUDAHAN MAAHAD TAHFIZ KASYFUL-ULUM
KLEBANG 22 September - Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Klebang membawa berita gembira buat Maahad Tahfiz...
