
DRB-HICOM labur RM32 bilion bangun Automotive High-Technology Valley – Ismail Sabri
KUALA LUMPUR, 19 Mac – Kerajaan hari ini mengumumkan pelaburan baharu sebanyak RM32 bilion oleh DRB-HICOM bagi membangunkan Automotive High-Technology Valley di Proton City, Tanjung Malim, Perak.
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata pelaburan baharu itu bakal mewujudkan 370,000 peluang pekerjaan sepanjang fasa pembangunannya serta 161,000 sepanjang fasa ia operasi.
Sementara itu , katanya, sepanjang tahun 2021, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) serta syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) mencatatkan prestasi yang semakin baik.
“Sebagai contoh, Petronas mencatatkan keuntungan sebanyak RM48.6 bilion pada 2021 berbanding kerugian RM1.137 bilion pada 2020.
“Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pula mengagihkan dividen sebanyak 6.1 peratus dan Lembaga Tabung Angkasa Tentera sebanyak 4.1 peratus. Kedua-dua dividen ini adalah yang tertinggi sejak tahun 2018,” katanya ketika sesi penggulungan naib presiden UMNO sempena Perhimpunan Agung UMNO 2021, di sini, hari ini. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
LEBIH 100 INISIATIF PERKASA ANAK MUDA MELAKA
AYER KEROH 5 September - Lebih 100 inisiatif telah digerakkan Kerajaan Negeri sepanjang tiga tahun lalu bagi memperkasa pembangunan anak...
MELAKA SEDIA 8 ‘RIDER PITSTOP’, TAMBAH 4 LOKASI E-HAILING
AYER KEROH 4 September - Kerajaan Negeri Melaka terus memperkasa kebajikan komuniti P-Hailing dan e-hailing menerusi penyediaan lapan pusat rehat...
MELAKA SUBURKAN SEMANGAT ANAK MUDA
AYER KEROH 5 September - Semangat Anak Muda Melaka terus disuburkan menerusi Karnival Anak Muda Negeri Melaka 2026 yang menjadi...
MELAKA UMUM ‘MANIS-MANIS’, TIGA IKHTIAR BANTU ‘ABANG RIDER’
AYER KEROH 5 September - Bagi meringankan beban komuniti P-Hailing yang menjadi antara tonggak ekonomi penting Negeri Melaka, Ketua Menteri...
TOK RAUF HADIAHKAN 20 ‘RIDER’ OKU HELMET EDISI TERHAD
AYER KEROH 4 September - Seramai 20 orang kurang upaya (OKU) yang mencari rezeki sebagai penghantar makanan di negeri ini...
‘ABANG RIDER’ MELAKA DAPAT DISKAUN 30 PERATUS SERVIS MOTOSIKAL BERMULA 1 OKTOBER
AYER KEROH 4 September - Komuniti p-hailing Melaka bakal menikmati diskaun 30 peratus bagi perkhidmatan penyelenggaraan motosikal di bengkel terpilih...
