
Tiada rakyat Singapura terlibat nahas penerbangan MU5735: MGA Singapura
SINGAPURA, 22 Mac – Tiada laporan rakyat Singapura terlibat dalam nahas pesawat MU5735 China Eastern Airlines yang terhempas di Wilayah Autonomi Guangxi Zhuang China, setakat ini, menurut kenyataan Kementerian Luar (MFA) republik itu.
“Kami memantau rapat keadaan itu dan berhubung dengan pihak berkuasa China.
“Pihak kami turut menghubungi warga Singapura di Yunnan dan Guangzhou yang telah mendaftar dengan MFA,” kata jurucakap kementerian itu pada Selasa.
Pesawat MU5735 dalam perjalanan dari Kunming menuju ke Guangzhou, membawa 132 penumpang dan sembilan anak kapal.
“Kami difahamkan operasi mencari dan menyelamat sedang dijalankan. Kami mengucapkan takziah kepada keluarga penumpang dan anak kapal,” menurut kenyataan itu.
Pesawat Boeing 737 China Eastern Airlines itu terhempas di kawasan pergunungan berhampiran perkampungan Molang di daerah Tengxian bandar Wuzhou pada 2.38 petang Isnin.
Nahas itu turut mengakibatkan kebakaran.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
RUMAH BAHARU JADI SIMBOL HARAPAN BUAT AMRAN SEKELUARGA
GADEK 13 Ogos - Bertahun-tahun lamanya, setiap kali hujan lebat Amran Sulaiman, 59, dan isteri resah memikirkan ruang dalam kediaman...
MAIM ADA BUDI BICARA, SEDIA BANTU RAKYAT DALAM KESUSAHAN
AYER MOLEK 13 Ogos - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) mempunyai budi bicara yang tinggi dalam membantu golongan asnaf mahupun...
IKAN BAKAR TELOK MAS JADI FENOMENA
TELOK MAS 13 Ogos - Industri ikan bakar di Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas terus mencatatkan sambutan luar biasa...
DELEGASI AFRIKA-ASIA JATUH HATI DENGAN MELAKA
MACHAP JAYA 13 Ogos - Keramahan rakyat dan pengalaman melihat sendiri pembangunan komuniti di Melaka menjadi kenangan bermakna buat delegasi...
PERZIM BAWA GENERASI MUDA SELAMI SEJARAH KEMERDEKAAN
TELOK MAS 13 Ogos - Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) membawa kisah perjuangan tokoh kemerdekaan, sejarah negara serta permainan tradisional kepada...
GELANGGANG BADMINTON SATUKAN WANITA
AYER KEROH 13 Ogos - Penglibatan aktif golongan wanita dalam bidang sukan bukan sahaja membantu meningkatkan tahap kecergasan fizikal, malah...
