
KKM keluarkan kompaun kepada Lim Kit Siang – Khairy
KUALA LUMPUR, 22 Mac – Kementerian Kesihatan (KKM) telah mengeluarkan kompaun kepada Ahli Parlimen Iskandar Puteri Lim Kit Siang atas kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP) pengawalan wabak COVID-19.
Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin menerusi perkongsian di Twitter berkata kompaun berkenaan dikeluarkan pada 20 Mac dan beliau turut menyertakan bukti kertas saman terhadap Lim.
Khairy membuat perkongsian itu sebagai reaksi selepas Ahli Parlimen Pekan Datuk Seri Najib Tun Razak mempersoalkan mengapa Lim tidak didenda kerana berpelukan dengan ahli parti pada Kongres Kebangsaan DAP ke-17 yang berlangsung Ahad lepas.
“Kompaun sudah dikeluarkan kepada @limkitsiang. KKM juga harap @NajibRazak bayar satu kompaun yang dikeluarkan semasa PRN (Pilihan Raya Negeri) Johor yang masih belum settle (dijelaskan).
“KKM juga harap @NajibRazak menerima empat lagi kompaun yang dihantar melalui pos daftar yang pegawai DS (Datuk Seri) enggan terima sebelum ini,” katanya.
Sebelum ini, Khairy dilaporkan berkata KKM mengeluarkan lima kompaun kepada bekas perdana menteri itu atas kesalahan pelanggaran SOP pada PRN Johor.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MAIM SEDIA BANTU KOS RAWATAN, INI CARA MOHON
AYER MOLEK 12 Ogos - Penjaga atau keluarga yang memerlukan bantuan kewangan bagi menampung kos rawatan dan pembedahan boleh mendapatkan...
FIESTA ADAT PERPATIH MELAKA 2026 ANGKAT WARISAN, BUDAYA
TABOH NANING 12 Ogos - Fiesta Adat Perpatih Negeri Melaka 2026 yang bakal dianjurkan pada 5 September depan di Rumah...
FELDA HUTAN PERCHA SERLAH KEUNIKAN, WARNA-WARNI BUDAYA DESA
MACHAP JAYA 12 Ogos - Kepelbagaian budaya, makanan dan produk pelancongan menjadikan Felda Hutan Percha bukan sekadar sebuah penempatan luar...
AIR MATA TANDA SYUKUR, IMPIAN MILIKI KEDIAMAN SELESA TERCAPAI
GADEK 12 Ogos - Air mata menjadi tanda kesyukuran seorang warga emas selepas impian untuk memiliki kediaman lebih selesa menjadi...
FELDA HUTAN PERCHA JADI ‘KELAS DESA’ DELEGASI AFRIKA-ASIA
MACHAP JAYA 11 Ogos - Felda Hutan Percha menjadi ‘kelas desa’ kepada 22 peserta dari 18 negara anggota African-Asian Rural...
TIGA KELUARGA DI DUN GADEK TERIMA KEDIAMAN BAHARU
GADEK 11 Ogos - Tiga keluarga di Dewan Undangan Negeri (DUN) Gadek menerima kediaman baharu menerusi bantuan Program Melaka Rumahku...
