
Polis tidak tolak ansur dengan mana-mana individu terlibat dadah
SHAH ALAM, 27 Mac – Polis akan menahan mana-mana individu tanpa mengira latar belakang sekiranya dikesan terlibat dengan penyalahgunaan dadah.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata pihaknya tidak akan bertolak ansur dengan mana-mana individu terbabit dan kertas siasatan akan dibuka serta diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara bagi tindakan lanjut.
“Tidak kira siapa latar belakangnya, dia ustaz, tok guru, orang politik mahupun penjawat awam, terlibat (penyalahgunaan dadah), kita akan tangkap.
“Peguam Negara akan lihat, cukup atau tidak bukti-bukti untuk dituduh, jadi di peringkat kita, akan lakukan siasatan lengkap,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini hari ini.
Ayob Khan berkata penglibatan artis atau selebriti dalam penyalahgunaan dadah bukan sesuatu yang baharu.
“Jangan terlalu fokus pada artis sahaja, semua orang terlibat. Tengok sahaja latar belakang yang kita pernah tangkap, ada penjawat awam, cikgu, pensyarah dan ahli politik. Asal terlibat kita akan tangkap,” katanya.
Beliau berkata demikian mengulas mengenai penahanan seorang penyanyi nasyid yang juga komposer terkenal selepas dipercayai menanam 17 pokok ganja di dalam pasu di unit kondominium miliknya di Kota Damansara dekat sini.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PRN MELAKA: PENERIMAAN PENGUNDI KESIDANG TERHADAP GELOMBANG BIRU LEBIH 80 PERATUS – ALBERT
KESIDANG 8 November - Calon Perikatan Nasional (PN) bagi DUN Kesidang, Albert Kok mendakwa penerimaan masyarakat terhadap kempen beliau di...
PENGALAMAN TIGA TAHUN URUSKAN JAPERUN, BEKALAN BERHARGA BUAT AHMAD NORAZRIL DI REMBIA
REMBIA 8 November - Pengalaman kira-kira tiga tahun berkhidmat sebagai Pegawai Khas Penyelaras Japerun Rembia menjadi pengalaman amat berguna buat...
PRN MELAKA: DAH MACAM BULAN PUASA, RAKYAT TAK SABAR TUNGGU ‘BERBUKA’ – AB RAUF
KESIDANG 8 November - Bahang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16 disifatkan semakin terasa apabila rakyat negeri ini diibaratkan seperti...
PRN MELAKA: AB RAUF BAYANG BERLAKU PERUBAHAN BESAR LANDSKAP POLITIK
KESIDANG 8 November - Kerjasama politik menerusi Muafakat Melaka berpotensi menjadi permulaan kepada satu perubahan besar landskap politik negara apabila...
PRN MELAKA: TOK JEZ KETUK PINTU RUMAH KE RUMAH, DEKATI PENGUNDI SUNGAI RAMBAI
SUNGAI RAMBAI 8 November - Mengetuk pintu rumah penduduk menjadi antara strategi calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi N.28 Dewan...
PRN MELAKA: BN-PN TEKAD RAMPAS SEMULA DUN KESIDANG
KESIDANG 8 November - Selepas dua penggal tewas, Barisan Nasional (BN) bersama Perikatan Nasional (PN) kini meletakkan DUN Kesidang sebagai...
