Semua kampus UiTM disaran wujudkan jaringan alumni – Ibrahim

Masa Membaca:1 Minit, 18 Saat

BANDARAYA MELAKA 27 Mac – Kesemua kampus cawangan negeri Universiti Teknologi MARA (UiTM) disarankan menghimpunkan alumni masing-masing sekali gus mewujudkan satu jaringan komuniti yang luas.

Pengerusi Lembaga Pengarah UiTM, Prof Emeritus Tan Sri Dr Ibrahim Abu Shah berkata, penganjuran Majlis Makan Malam oleh UiTM Melaka berjaya menghimpunkan alumni, pengurusan, pensyarah dan staf sokongan pernah menabur budi sejak penubuhan universiti itu pada 1984.

“Program macam ini merupakan perkara yang boleh dibanggakan kerana saya lihat mereka senang melihat rakan-rakan lama yang bersama menimba ilmu di universiti ini suatu ketika dahulu.

“Penganjuran majlis ini satu petanda yang amat baik jadi kita minta semua alumni seluruh negara mahupun peringkat cawangan negeri atau fakulti sendiri sewajarnya anjurkan program seperti ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas hadir merasmikan pelancaran laman sensawang dan kad keahlian Persatuan Alumni UiTM Cawangan Melaka (UMAT) pada Majlis Makan Malam Eksklusif UMAT 250 diadakan di sebuah hotel di sini, malam tadi.

Hadir sama, Presiden UMAT, Datuk Rosthman Ibrahim, Presiden Kelab Pesara UiTM Cawangan Melaka dan Prof Datuk Sabariah Mahat.

Ibrahim menasihatkan alumni UiTM agar bergerak seiring bagi memastikan graduan universiti itu mampu memenuhi kriteria kebolehpasaran.

“Alumni perlu cari usaha dan formula bagaimana untuk bantu adik-adik yang telah graduasi untuk cari pekerjaan, perlu bimbing mereka dan jangan lupa apabila sudah berjaya kehadapan sewajarnya kita balik pada asal usul, perlu bantu mereka.

“Selain itu alumni juga perlu memainkan peranan penting untuk buktikan Melayu Bumiputera sama hebat dengan bangsa lain dan kita perlu kembali tebus maruah dan martabat bangsa kita,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

990
Kongsi :
Previous post Kumpul alumni UiTM Melaka misi UMAT tahun ini
Next post Polis tidak tolak ansur dengan mana-mana individu terlibat dadah
Ubah saiz-+=