Sorting by

×

Kumpul alumni UiTM Melaka misi UMAT tahun ini

Masa Membaca:1 Minit, 6 Saat

BANDARAYA MELAKA 27 Mac – Misi menghimpunkan alumni Universiti Teknologi MARA (UiTM) Melaka menjadi fokus Persatuan Alumni UiTM Cawangan Melaka (UMAT) tahun ini.

Presidennya, Datuk Rosthman Ibrahim berkata, persatuan yang ditubuhkan pada Jun 2019 itu menyasarkan seramai 3,000 alumni universiti itu untuk berdaftar dengan persatuan bagi memastikan kebajikan dan penyatuan dapat dijalin.

Beliau berkata, setakat ini kira-kira 300 alumni telah berdaftar daripada 50,000 graduan yang dihasilkan UiTM Melaka sejak penubuhannya.

Jelasnya usaha itu menghimpunkan semula individu yang pernah bergelar mahasiswa dan mahasiswi di universiti terbabit memerlukan data terpeinci.

“Kita mahu menghimpunkan mereka untuk mengenal pasti maklumat agar bagi memudahkan usaha menghulurkan bantuan dilakukan dengan mudah selain membentuk sebuah komuniti yang lebih erat.

“Untuk itu, laman sesawang UMAT telah dilancarkan bagi memudahkan kesemua alumni UiTM Melaka mendaftarkan diri dengan kadar yuran yang cukup rendah namun bakal menikmati pelbagai kelebihan ditawarkan seperti kad diskaun,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Makan Malam Eksklusif UMAT 250 diadakan di sebuah hotel, di sini malam tadi.

Program julung kali diadakan selepas penubuhan persatuan itu dirasmikan Pengerusi Lembaga Pengarah UiTM, Prof Emeritus Tan Sri Dr Ibrahim Shah Abu Shah.

Program diadakan itu merupakan simbolik kepada perhimpunan 250 orang alumni, pengurusan, pensyarah dan staf sokongan yang pernah menabur budi sejak penubuhan UiTM Melaka pada1984.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2007
Kongsi :
Previous post ADUN Kempas dilantik sebagai Setiausaha Politik MB Johor
Next post Semua kampus UiTM disaran wujudkan jaringan alumni – Ibrahim
Ubah saiz-+=