
Pelajar IPT kutip 10kg bekas makanan di Pantai Klebang
KLEBANG 27 Mac – Seramai 22 pelajar Vision College bersama warga kerja Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) menjalankan khidmat tanggungjawab sosial korporat (CSR) dengan mengutip sisa sampah di pesisir Pantai Klebang, hari ini.
Program itu disertai pelajar ‘Advandced Diploma in Ultrasonography’ yang mana ia merupakan salah satu modul dalam silibus pembelajaran untuk penuntut melakukan kerja-kerja amal dan komuniti.

Dalam program berkenaan, sebanyak 10 kilogram (kg) sampah berupa bekas makanan dan minuman berjaya dikutip di sepanjang pantai berkenaan.
MBMB dalam satu kenyataan berkata, menerusi program seumpamanya, ia diharap dapat memberikan kesedaran kepada pengunjung mengenai pentingnya menjaga kebersihan di lokasi tumpuan.
“MBMB merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada pelajar-pelajar yang mengambil bahagian untuk menjayakan program ini,” kata kenyataan itu.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
POLIS MELAKA SUDAH BERSEDIA HADAPI PRN KE-16
TANJUNG BIDARA 1 Julai - Polis Kontinjen Melaka melakukan persiapan awal bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16. Ketua...
TERIMA KASIH TOK RAUF, RAKYAT PUAS HATI MAKAN DURIAN PERCUMA
ASAHAN 1 Julai - Inisiatif Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh belanja durian secara percuma untuk penduduk di...
KERJASAMA SEMUA AGENSI PASTIKAN KELANCARAN PRN MELAKA KE-16
TANJUNG BIDARA 1 Julai - Kerjasama semua agensi berkaitan amat penting bagi memastikan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16 tidak...
‘SAYA MAHU PRN MELAKA DIURUS SECARA PROFESIONAL DAN SELAMAT’ – AB RAUF
TANJUNG BIDARA 1 Julai - Atas dasar menghormati prinsip demokrasi Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh mahu Pilihan...
MAIM PERKENAL TAKWIM HIJRAH DIGITAL
AYER KEROH 30 Jun – Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) memperkenalkan Takwim Hijrah dalam versi digital bagi memudahkan orang ramai...
TOK RAUF BELANJA SATU TAN DURIAN UNTUK ORANG ALOR GAJAH
ASAHAN 30 Jun - Kira-kira satu tan durian habis diagihkan kepada penduduk di lima kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di...
