
Lelaki maut motosikal terbabit kemalangan dengan lori pasir
ALOR GAJAH 29 Mac – Lelaki warga Bangladesh maut selepas motosikal ditunggang terbabit kemalangan dengan lori membawa muatan pasir dalam kejadian di Jalan Menggong, Bukit Bulat, di sini.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah Superintendan Arshad Abu berkata, kejadian dikatakan berlaku kira-kira jam 10 pagi dan ketika itu mangsa Mohammad Zafar, 32, dalam perjalanan dari Nyalas menghala ke Hutan Percha.
Beliau berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila motosikal mangsa dikatakan melanggar tepi kanan lori dipandu lelaki berusia 45 tahun ketika membelok.
“Akibat pelanggaran Mangsa kemudian tercampak di atas jalan dan mengalami kecederaan di beberapa bahagian badan.
“Mangsa yang dihantar ke Hospital Melaka kemudian disahkan meninggal dunia kira-kira jam 1.30 tengah hari ketika sedang dirawat,” katanya.

Menurutnya, proses bedah siasat dilakukan bagi mengenal pasti punca kematian mangsa dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Selain itu kedua-dua kenderaan kini ditahan untuk dihantar ke Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) bagi tindakan lanjut.
KEADAAN motosikal yang ditunggang mangsa.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
‘TOK RAUF, YB ALONG BAGAI ANUGERAH BUAT KAMI’
ASAHAN 25 Ogos - Dua pemimpin ini bagai anugerah untuk kami, itu kata generasi kedua Felcra Bukit Sedanan yang menyifatkan...
RM1.7 JUTA NAIK TARAF MAAHAD TAHFIZ TVET PULAU BESAR
BUKIT PALAH 25 Ogos - Bangunan lama Maahad Tahfiz Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Pulau Besar yang berusia...
BEKALAN TELUR MELAKA MASIH CUKUP – DR. AKMAL
SERI NEGERI 25 Ogos - Kenaikkan harga telur di Melaka bukan disebabkan kekurangan bekalan sebaliknya dipengaruhi oleh faktor pasaran luar...
13 MENARA, STESEN MINYAK, ATM: YB ALONG SEJAHTERAKAN HIDUP WARGA ASAHAN
ASAHAN 25 Ogos - Kemudahan asas dan kebajikan masyarakat luar bandar menjadi fokus utama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Asahan,...
BUKIT RAMBAI, ALOR GAJAH CATAT BACAAN IPU TIDAK SIHAT
AYER KEROH 25 Ogos - Stesen pemantauan kualiti udara di Bukit Rambai dan Alor Gajah merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara...
KEBAKARAN MAAHAD TAHFIZ TVET TIDAK MELIBATKAN PELAJAR
BUKIT PALAH 25 Ogos - Kebakaran sebuah bangunan di Maahad Tahfiz TVET Pulau Besar, semalam, tidak membabitkan pelajar apabila kesemua...

