Keberkesanan maklumat melalui Melaka Digital Command Centre – KM

Masa Membaca:1 Minit, 33 Saat

SERI NEGERI 29 Mac – Kerajaan negeri membangunkan Melaka Digital Command Centre (MD2C) sebagai pusat sehenti untuk memantau dan mengumpul pelbagai data berguna bagi negeri Melaka.

Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berkata, MD2C yang siap pada Nov 2021 berperanan membantu kerajaan negeri dalam membuat keputusan strategik membabitkan pelbagai aspek.

“Ini termasuk data pelancongan, aduan, pembangunan projek, bantuan awam, serangan siber, kesihatan awam, paras empangan, sungai dan banyak lagi.

“MD2C membantu kerajaan membuat keputusan strategik dalam pelbagai aspek digitalisasi, dengan pengumpulan, menganalisa data dan maklumat digital terkini daripada pelbagai jabatan serta agensi kerajaan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan MD2C di Blok Bentara Seri Negeri, di sini hari ini.

Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Zaidi Johari; Pegawai Kewangan Negeri Datuk Salhah Salleh dan lain-lain kenamaan.

RUANG kerja canggih di MD2C. Foto Mohd Azren Jamaludin.

Ujarnya, Pembangunan MD2C seiring dengan Pelan Strategik Melakaku Maju Jaya (PSMJ 2035) di bawah Flagship 4: Digital Melaka – Pembangunan Aplikasi Pintar dan Pemerkasaan Data dan selaras dengan visi Memacu Pendigitalan Lestari.

“Namun MD2C diselaraskan semula mengikut portfolio terkini Exco di bawah Flagship 7: Pendidikan dan Teknologi.

“MD2C dilengkapi dengan infrastruktur fizikal seperti skrin video, kelengkapan rangkaian internet, kelengkapan ciri-ciri keselamatan dan perkakasan serta perisian yang terlibat,” katanya.

Katanya lagi, kandungan digital di MD2C bagi Fasa I bermula Dis 2021 membabitkan enam ‘dashboard’ baharu dibangunkan melibatkan lapan jabatan atau agensi kerajaan.

“Manakala sebanyak lima sistem sedia ada melibatkan enam jabatan atau agensi kerajaan yang diselaras dan dipusatkan di MD2C.

“Bagi Fasa 2, kerajaan negeri akan membangunkan tiga ‘dashboard’ baharu dan tiga penambahbaikan dashboard sedia ada melibatkan pelancongan, meteorologi dan aduan.

“Pembangunan dan penambahbaikan ini adalah selaras dengan hasrat Kerajaan Negeri memperkasakan inisiatif Data Raya dan Data Analitik di MD2C,” katanya.

 

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1902
Kongsi :
Previous post Vaksinasi COVID-19: ASEAN berada di landasan yang betul – Hishammuddin
Next post Lelaki maut motosikal terbabit kemalangan dengan lori pasir
Ubah saiz-+=