
Operasi pemantauan SOP COVID-19 akan terus dijalankan – Polis
Beliau berkata operasi penguatkuasaan itu dijalankan bagi memastikan masyarakat terus mematuhi SOP yang dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dari semasa ke semasa selain menjaga keselamatan dan kesejahteraan masyarakat.
“Individu yang didapati sengaja melanggar peraturan yang ditetapkan bakal dikenakan tindakan sewajarnya di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) berdasarkan SOP terkini bertarikh 1 April 2022 dan Warta Kerajaan Persekutuan bertarikh 31 Mac 2022,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Negara memasuki Fasa Peralihan Ke Endemik mulai hari ini dengan beberapa kelonggaran mula diberikan antaranya pembukaan sempadan negara, premis perniagaan boleh beroperasi mengikut masa lesen perniagaan masing-masing dan tiada penjarakan fizikal semasa solat di masjid dan surau atau upacara sembahyang di rumah ibadat lain. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PRN MELAKA: BERKERUSI RODA TIDAK HALANG NEK MUNAH MENGUNDI, MAHU BALAS JASA ‘YB HELMY’
DUYONG 13 November - Semangat seorang warga emas berusia 75 tahun untuk menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi pada Pilihan Raya Negeri...
PRN MELAKA: ‘MOMENTUM KALI INI LUAR BIASA’ – RAIS
SUNGAI UDANG 13 November – Deruman kira-kira 250 motosikal bersama penyertaan penghantar makanan, penggiat e-hailing dan pemandu lori mewarnai gerak...
PRN MELAKA: 1,000 ANAK RANTAU PULANG KE ASAHAN SAMBUT ‘RAYA’
ASAHAN 13 November - Kepulangan lebih 1,000 anak perantau ke Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan sempena hari pengundian Pilihan Raya...
PRN MELAKA: CIKGU MUSTAFA SERU ANAK PERANTAU PULANG UNDI BIRU
DURIAN TUNGGAL 13 November - Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Durian Tunggal, Datuk Dr. Mustafa...
500 JEMAAH SERTAI MAJLIS BACAAN YASIN, SOLAT HAJAT PERINGKAT DUN TANJUNG BIDARA
TANJUNG BIDARA 13 November - Kira-kira 500 jemaah hadir bagi bersama-sama mengimarahkan Majlis Bacaan Yasin Dan Solat Hajat Peringkat Dewan...
PRN MELAKA: ‘YANG KIRI BOLEH BAGI JANJI, YANG KANAN BOLEH BAGI BUKTI’ – HELMY
DUYONG 13 November - 'Yang kiri boleh bagi janji, yang kanan boleh bagi bukti' menjadi mesej calon Barisan Nasional (BN)...
