
40 peniaga dapat lesen berniaga
SUNGAI RAMBAI 6 April – Kira-kira 40 peniaga makanan dan minuman di Kawasan Rehat dan Rawat (RNR) di sini menarik nafas lega apabila mendapat lesen berniaga di kawasan itu sepanjang Ramadan ini.
Lesen itu disampaikan sendiri oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Rambai, Siti Faizah Abdul Aziz di bazar Ramadan RNR kawasan itu.
Jelas terpamer kegembiraan pada riak wajah semua peniaga terbabit sebaik sahaja menerima lesen berniaga daripada pihak berkuasa tempatan (PBT).
Menerusi catatan Facebook, Siti Faizah berkata, beliau singgah di bazar Ramadan RNR Sungai Rambai bagi menyerahkan lesen berniaga kepada semua peniaga terbabit.
“Alhamdulillah, macam-macam pilihan juadah berbuka puasa ada dekat sana,” katanya.
Dalam lawatan itu, beliau turut menyampaikan apron kepada peniaga tersebut.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
KES CURI KABEL DI MELAKA MENURUN
AYER KEROH 3 Mac - Kes kecurian kabel di Melaka mencatat penurunan lebih 36 peratus tahun lalu apabila hanya 67...
‘PAY NOW CRUISE LATER’ TAWAR PENJIMATAN SEHINGGA 30 PERATUS
BANDARAYA MELAKA 3 Mac - Diskaun sehingga 30 peratus ditawarkan Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) bagi pembelian tiket...
MELAKA JAMIN BEKALAN AIR CUKUP, PARAS 3 EMPANGAN UTAMA MENINGKAT
AYER LIMAU 3 Mac - Paras air di tiga empangan utama Melaka kini di paras stabil, sekali gus menjamin bekalan...
MELAKA BAKAL MILIKI PAM BERGERAK TANGANI BANJIR TERMENUNG
PAYA RUMPUT 3 Mac - Masalah banjir termenung yang sering berlaku di beberapa kawasan dalam daerah Jasin dapat diatasi dengan...
MENARA KUBAH MASJID KETIGA TERTINGGI ADA DI KAMPUNG PAYA RUMPUT
PAYA RUMPUT 3 Mac - Kampung Paya Rumput kini mempunyai satu lagi kebanggaan apabila memiliki sebuah menara kubah masjid ketiga...
PANTAI HOSPITAL MELAKA BERWAJAH BAHARU, RUANG AWAM DAN AKSES PESAKIT DITAMBAH BAIK
AYER KEROH 3 Mac – Pantai Hospital Melaka kini berwajah baharu selepas kerja-kerja naik taraf ruang awamnya bagi menambah baik...

