Laungan ‘dak kecik’ naik 4×4 tarik jemaah tunai tarawih

Masa Membaca:1 Minit, 13 Saat

PENGKALAN BATU, 6 April – Lebih 30 sukarelawan yang terdiri dalam kalangan kanak-kanak daripada Unit Bergerak Masjid Nur As-Saa’dah membuat hebahan aktiviti masjid termasuk solat sunat tarawih sepanjang Ramadan ini.

Menariknya, kanak-kanak berkenaan membuat hebahan mengenai aktiviti di masjid mengelilingi kampung dengan menaiki kenderaan pacuan empat roda.

Malah Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Pengkalan Batu yang mengendalikan aktiviti itu turut membekalkan alat pembesar suara bagi memudahkan lagi hebahan dijalankan.

Pengerusi masjid, Datuk Amzah Osman berkata, usaha aktiviti bermula Sabtu lalu itu memberi hebahan dan mengajak penduduk kampung menyertai program-program masjid sekali gus menjadikannya sebagai ‘rumah kedua’ sepanjang Ramadan ini.

“Aktiviti hebahan ini adalah sempena Ihya Ramadan di mana budak-budak ini akan membuat hebahan setiap petang untuk mengajak penduduk kampung datang ke masjid mengerjakan tarawih, tadarus, iftar dan qiamullail.

“Sukarelawan ini terdiri daripada anak-anak program istiqamah subuh 40 hari yang dianjurkan masjid sebelum ini dan mereka dihadiahkan basikal.

“Meskipun sudah dapat basikal tetapi mereka masih datang mengimarahkan masjid menunjukkan hati mereka ikhlas mahu berada di masjid,” katanya.

KANAK-KANAK dibawa menggunakan kenderaan 4X4 untuk membuat hebahan.

Tambah Amzah, dia seronok melihat aktiviti itu berjaya menarik minat jemaah dalam kalangan kanak-kanak untuk ke masjid.

“Nampak disiplin mereka bertambah baik dengan dipantau pegawai syarak dan apa yang penting suasana di masjid semakin meriah dengan kehadiran mereka ini,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

623
Kongsi :
Previous post Kawalan sempadan diteruskan walaupun Op Benteng tamat Jun ini
Next post Mohon pembaharuan Sijil Pengesahan Halal tiga bulan awal
Ubah saiz-+=