
Pecah amanah: Bekas penjawat awam, kontraktor ditahan SPRM
SANDAKAN, 18 April – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah hari ini menahan seorang bekas penjawat awam dan seorang kontraktor berhubung kes pecah amanah dan salah guna kuasa membabitkan satu kontrak bernilai kira-kira RM63,000.
Menurut sumber, kesalahan terbabit dipercayai melibatkan sebuah agensi Kerajaan Persekutuan di Sandakan yang dilakukan pada tahun 2018 dan 2019.
Bekas penjawat awam berusia 37 tahun itu dipercayai menggunakan kedudukannya untuk melantik kontraktor yang merupakan suspek berusia 41 tahun sebagai pembekal produk berasaskan lebah, haiwan ternakan dan program lain.
Syarikat kontraktor itu dimiliki oleh saudara penjawat awam tersebut yang ditahan bersama kontraktor terbabit semasa hadir di pejabat SPRM Sandakan untuk membantu siasatan.
Pengarah SPRM Sabah Datuk S. Karunanithy ketika mengesahkan penahanan itu berkata kes disiasat di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009 dan Seksyen 405 Kanun Keseksaan
Beliau berkata kedua-dua lelaki telah dibebaskan atas jaminan SPRM dan dijadualkan untuk didakwa di Mahkamah Khas Rasuah di sini pada 21 April ini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
AB RAUF FAIL SAMAN TERHADAP MOHAMAD ALI
AYER KEROH 20 Ogos - Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, selesai sesi pemeriksaan utama dalam perbicaraan saman...
MELAKA PERKASA KEHAKIMAN SYARIAH, RUU BAHARU DI FASA AKHIR
AYER KEROH 20 Ogos - Melaka kini di fasa akhir melengkapkan kerangka perundangan bagi memperkukuh sistem kehakiman Syariah negeri menerusi...
‘SAYA PILIH SIAPA BERI MAS KAHWIN TERBAIK’ – AB RAUF
AYER KEROH 20 Ogos - Barisan Nasional (BN) Melaka belum memulakan sebarang rundingan dengan mana-mana pakatan politik bagi menghadapi Pilihan...
PROJEK SAKIT JKR MENURUN 4.13 PERATUS
SERI NEGERI 20 Ogos - Trend projek sakit di bawah seliaan Jabatan Kerja Raya (JKR) menunjukkan perkembangan positif apabila menurun...
31 OGOS: JOM JALAN-JALAN MELAKA, 13 PRODUK PELANCONGAN PERCUMA MENANTI
AYER KEROH 20 Ogos - Sambutan Hari Kebangsaan 2026 di Melaka lebih bermakna apabila orang ramai berpeluang menikmati kemasukan percuma...
11,037 KES MAHKAMAH SYARIAH MELAKA SELESAI, BUKTI KEADILAN SEMAKIN CEKAP
AYER KEROH 20 Ogos - Sebanyak 11,037 daripada 13,424 kes Mal (sivil) dan jenayah berjaya diselesaikan Mahkamah Syariah Negeri Melaka...

