
528 tahanan etnik Rohingya lolos
SUNGAI BAKAP 20 April – Seramai 528 tahanan etnik Rohingya melarikan diri dari Depot Imigresen Sementara Sungai Bakap, di sini awal pagi tadi.
Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Khairul Dzaime Daud berkata, semua mereka berjaya melarikan diri selepas memecahkan pintu blok dan gril penghadang depot terbabit dalam kejadian jam 4.30 pagi tadi.
Katanya, susulan kejadian itu, pegawai-pegawai bertugas telah mengaktifkan prosedur operasi standard (SOP) dengan menghubungi Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan agensi berkaitan bagi mendapatkan bantuan.
“Gerakan mencari dan menahan semula tahanan itu sedang giat dijalankan dengan kerjasama pelbagai agensi termasuk PDRM, RELA (Jabatan Sukarelawan Malaysia).
“Sehingga jam 10 pagi ini, seramai 362 tahanan berjaya ditangkap semula,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, beliau berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat tentang keberadaan tahanan yang lari ini supaya memaklumkan kepada pihak Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) atau PDRM.
Difahamkan, tahanan yang melarikan itu adalah di bawah selian JIM Pulau Pinang namun ditempatkan di depot tahanan sementara itu sebelum urusan penghantaran pulang dilakukan.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
4 JETI NELAYAN AYER LIMAU DIBERI NAFAS BAHARU
AYER LIMAU 28 September - Empat jeti di Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau diperkasa secara berperingkat menerusi pelbagai projek...
JENAZAH TUN DR SITI HASMAH SELAMAT DISEMADIKAN DI PUSARA NEGARA PRESINT 20
PUTRAJAYA, 28 Sept - Suasana hening menyelubungi Pusara Negara di Presint 20 di sini, ketika jenazah Allahyarham Tun Dr Siti...
MAIM LANTIK 54 PEMBIMBING, PENDAMPING MUALAF
ALOR GAJAH 28 September - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) melantik seramai 54 ahli terdiri daripada 20 Skuad Sukarelawan Balai...
RIBUAN JEMAAH TUNAI SOLAT JENAZAH TUN DR SITI HASMAH
KUALA LUMPUR, 28 Sept - Ribuan jemaah memenuhi Masjid As-Syarif, Taman Sungai Besi Indah di sini petang ini, bagi menunaikan...
DEMI RAKYAT, IMRAN REDAH HUJAN BERBAJU RAYA JAGA PINTU AIR
BANDA HILIR 28 September - Sambutan Aidilfitri bersama keluarga terpaksa diketepikan apabila pesara Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Melaka, Imran...
DRVM: MESIN PINTAR MBMB UBAH BAHAN BUANGAN JADI SUMBER PENDAPATAN
AYER KEROH 28 September - Bahan buangan yang selama ini dianggap tidak bernilai kini boleh ditukar kepada sumber pendapatan sampingan...
