
PKRC MITC tutup hujung bulan ini
JASIN 21 April – Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) akan ditutup bermula 30 April ini berikutan kadar penggunaan katil semasa sekitar 15 peratus sahaja.
EXCO Kesihatan negeri, Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, selepas ini pesakit berisiko dihantar ke Hospital Melaka selain di kolej jururawat.
“Buat sementara ini kita letakkan di Hospital Melaka, jika berlaku gelombang apa-apa kita sudah ada perancangan A dan B, insyaAllah kita akan kemaskini dari semasa ke semasa,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan Op Raya 2022 di sebuah pasaraya di Jasin, di sini, hari ini.
Semalam Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berkata kerajaan negeri bakal menganjurkan sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri Negeri Melaka pada 28 Mei depan.
Penganjuran rumah terbuka julung kali selepas tempoh dua tahun itu akan diadakan di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka MITC bermula jam 2 hingga 6 petang.
Katanya pemilihan MITC sebagai lokasi penganjuran adalah disebabkan kawasan itu tidak lagi menjadi pusat kuarantin dan rawatan COVID-19 (PKRC) Melaka selepas ia ditutup pada 30 April ini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
SALHAH MAHU KAWASAN LAPANG ‘DIHIJAUKAN’, BERI MANFAAT KEPADA PENDUDUK TAMAN PERUMAHAN
AYER KEROH 29 September - Kerajaan Negeri mahu kawasan lapang yang disediakan dalam pembangunan perumahan di Melaka dimanfaatkan sebaiknya bagi...
DULU SELENGGARA SENAPANG, KINI TUAI CENDAWAN
AYER LIMAU 29 September - Jika dahulu rutin hariannya bersama Tentera Darat Malaysia (TDM) dipenuhi tugas membaiki dan menyelenggara sistem...
JIMAT RM50, TAPI DAPAT BELI MACAM-MACAM
PENGKALAN BATU 29 September - Kupon bernilai RM50 yang diagihkan kepada orang ramai bersempena Jualan Melaka Sayang Rakyat (MeSRa) amat...
4 JETI NELAYAN AYER LIMAU DIBERI NAFAS BAHARU
AYER LIMAU 28 September - Empat jeti di Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau diperkasa secara berperingkat menerusi pelbagai projek...
JENAZAH TUN DR SITI HASMAH SELAMAT DISEMADIKAN DI PUSARA NEGARA PRESINT 20
PUTRAJAYA, 28 Sept - Suasana hening menyelubungi Pusara Negara di Presint 20 di sini, ketika jenazah Allahyarham Tun Dr Siti...
MAIM LANTIK 54 PEMBIMBING, PENDAMPING MUALAF
ALOR GAJAH 28 September - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) melantik seramai 54 ahli terdiri daripada 20 Skuad Sukarelawan Balai...
