
Penghantar makanan didenda RM4,000 cabul wanita Indonesia
GEORGE TOWN, 27 April – Seorang penghantar makanan didenda RM4,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mencabul seorang wanita warga Indonesia, Rabu lepas.
Muhammad Falihin Abdul Talib, 28, membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Nur Melati Diana Abdul Wahab selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan oleh jurubahasa.
Menurut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa menggunakan kekerasan jenayah bagi mencabul kehormatan wanita berkenaan pada 12.30 tengah hari, 20 April lepas di Jalan Bukit Gambir, Gelugor.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman tersebut, jika sabit kesalahan.
Prosiding dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nazri Abdul Rahim yang meminta denda setimpal dikenakan sebagai pengajaran manakala tertuduh diwakili peguam, S Bommy.
Dalam rayuannya, Muhammad Falihin memohon denda minimum kerana berpendapatan RM2,000 sebagai penghantar makanan dan perlu menanggung seorang anak berusia setahun dan isterinya sedang hamil lima bulan.
Nur Melati memerintahkan tertuduh didenda RM4,000 atau tiga bulan penjara sekiranya gagal membayar denda itu.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PRN MELAKA: RAIS SEDIA BUKA LALUAN USAHAWAN SUNGAI UDANG PERLUAS PERNIAGAAN
SUNGAI UDANG 1 November - Keperluan mendapatkan mesin dan peralatan bagi meningkatkan kapasiti pengeluaran antara isu yang diberi perhatian calon...
PRN MELAKA: ADUAN RAKYAT JADI PANDUAN KERAJAAN NEGERI RANGKA DASAR MASA DEPAN
TELOK MAS 1 November - Suara dan permasalahan rakyat peringkat akar umbi perlu menjadi antara asas utama Kerajaan Negeri dalam...
RAMAI PENYOKONG BELUM BERERTI MENANG – AB RAUF
TELOK MAS 1 November - Kehadiran ribuan penyokong pada hari penamaan calon bukan ukuran sebenar kekuatan sesebuah parti, sebaliknya sokongan...
PRN MELAKA: JANGAN SABOTAJ PARTI, TOK RAUF INGATKAN JENTERA BN
PANTAI KUNDOR 1 November - Jentera Barisan Nasional (BN) diingatkan supaya tidak melakukan sabotaj ke atas parti sehingga menjejaskan peluang...
PRN MELAKA: 70 TAHUN SETIA KAWAN, AB RAUF MAHU MCA MENANG DI KLEBANG
KLEBANG 1 November - Sejarah kerjasama lebih 70 tahun antara UMNO dan MCA perlu terus dipertahankan menerusi semangat setia kawan,...
PRN MELAKA: REKOD LIMA TAHUN PENTADBIRAN MODAL KEMPEN BN
TELOK MAS 1 November - Rekod pencapaian dan khidmat kepada rakyat sepanjang lima tahun mentadbir Melaka menjadi taruhan utama Barisan...
