
Trafik di lebuh raya, jalan-jalan utama semakin sesak
KUALA LUMPUR, 30 April – Aliran trafik di beberapa lebuh raya dan jalan utama menuju ke utara, selatan dan Pantai Timur semakin sesak berikutan orang ramai balik ke kampung untuk menyambut Aidilfitri.
Tinjauan di Twitter Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) hingga pukul 2 petang tadi mendapati trafik semakin sesak di beberapa laluan di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS).
Di utara, kesesakan dilaporkan berlaku sejauh 8.1 kilometer dari Bukit Tambun ke Jawi, manakala kenderaan juga bergerak perlahan arah selatan dari Pedas Linggi ke Simpang Ampat.
Di Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE) trafik sesak selepas Sentul Pasar ke Greenwood terus ke Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak, serta di Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) ke Plaza Tol Gombak terus ke Genting Sempah dan Bukit Tinggi ke Lentang.
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1-800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/LLMinfotrafik. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
AYER LIMAU SIAPKAN PELAPIS PEMIMPIN, PEMBANGUNAN TERUS DIPERKASA
AYER LIMAU 4 November – Pembangunan modal insan khususnya dalam kalangan golongan muda terus menjadi keutamaan penyandang kerusi Dewan Undangan...
PERMINTAAN ELEKTRIK SEMENANJUNG DIJANGKA MELONJAK 57 PERATUS MENJELANG 2035
KUALA LINGGI 4 Disember -Permintaan terhadap bekalan tenaga elektrik di Semenanjung Malaysia dijangka meningkat daripada 21.3 gigawatt (GW) pada 2026...
MELAKA BINA, BAIK PULIH LEBIH 270 RUMAH RAKYAT SEJAK 2023
SUNGAI UDANG 4 November - Lebih 270 rumah berjaya dibina baharu dan dibaik pulih di seluruh Melaka sejak 2023 hingga...
PRN MELAKA: KEMPEN FIZIKAL DAN DIGITAL, STRATEGI RAIS TAWAN HATI SUNGAI UDANG
SUNGAI UDANG 4 November - Kepelbagaian demografi penduduk Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang mendorong calon Barisan Nasional (BN), Datuk...
PRN MELAKA: ANAK TEDONG MAHU BERBAKTI DI TANAH SENDIRI
SERKAM 4 November - Berbekalkan pengalaman mendampingi masyarakat sebagai bekas pegawai khas Ahli Parlimen Jasin, calon Barisan Nasional (BN) bagi...
MELAKA SASAR LAHIR LEBIH RAMAI PAKAR TEKNOLOGI TENAGA
KUALA LINGGI 4 November - Penubuhan Pusat Latihan Kemahiran Turbin Gas CGNEI (CGNEI GTSTC) di Melaka bakal melahirkan lebih ramai...


