
Suburkan penghayatan al-Quran di Melaka – EXCO
PERINGGIT 30 April – Kerajaan negeri komited memastikan penghayatan al-Quran menerusi pengajaran dan pembelajaran ilmu agama terus subur di Melaka.
EXCO Hal Ehwal Wanita dan Kebajikan Negeri, Datuk Kalsom Noordin berkata kerajaan negeri sentiasa berusaha mengimarahkan program-program berilimiah berkenaan al-Quran yang membawa manfaat kepada umat Islam.
“Hari ini saya menyempurnakan Majlis Perasmian Penutup Penghayatan Al-Quran anjuran Muslimat Kelas Fardu Ain melibatkan seramai 50 tetamu jemputan.
“Program sebegini dapat menghidupkan amalan membaca, memahami dan mengamalkan isi kandungan al-Quran agar berupaya menjadi inspirasi kepada umat Islam.
“Selain untuk mencapai kejayaan dan kecemerlangan di dunia serta di akhirat,” katanya pada program tersebut di Masjid An-Nur Peringgit ,di sini hari ini.
Turut hadir Pengerusi Masjid, Setiausaha Masjid Sidang Shaari, Imam 1 masjid, Wahid Abu serta Ahli Jawatankuasa (AJK) Masjid An-Nur Peringgit dan wanita kampung Peringgit.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
RUMAH MAMPU MILIK RM250,000 KE BAWAH LARIS DI MAPEX MELAKA 2026
AYER KEROH 1 Mei – Rumah mampu milik bernilai bawah RM250,000 yang ditawarkan di Ekspo Hartanah Malaysia (MAPEX) Melaka 2026...
ANAK FELDA BUKIT SENGGEH BINA EMPAYAR BAS PELANCONG
ASAHAN 1 Mei – Minat berniaga sejak usia remaja menjadi titik tolak kejayaan seorang anak Felda membina empayar pengangkutan dan...
SURI RUMAH UBAH DAUN GETAH JADI HADIAH
ASAHAN 1 Mei – Seorang suri rumah di Kampung Jus berjaya mengubah daun getah menjadi pelbagai produk kraf bunga yang...
KUIH BAKAR JULANG NAMA ‘KAMPUNG KOBOI’
ASAHAN 1 Mei – Bermula daripada kegagalan dalam beberapa bidang perniagaan, anak jati Kampung Selandar kini berjaya mengangkat kuih bakar...
WRUR AYER KEROH: ‘TAK PERLU LAGI TADAH BESEN SETIAP KALI HUJAN’
AYER KEROH 1 Mei - Bantuan baik pulih kediaman daripada Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) memberi makna besar buat...
BERKAIN PELIKAT ‘GELECEK’ BOLA DI PANTAI KLEBANG
KLEBANG 1 Mei - Mengenakan kain pelikat dan bertanjak sambil menggelecek bola mencuri tumpuan pada hari pertama Festival Muzik Air...
