
Moratorium: Bayaran balik pinjaman berjumlah RM81.9 bilion setakat 28 Ogos – Tengku Zafrul
KUALA LUMPUR 9 Sept — Nilai moratorium bayaran balik pinjaman institusi kewangan yang berkuat kuasa sejak 1 April lalu dianggarkan berjumlah RM81.9 bilion setakat 28 Ogos, 2020, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
Beliau berkata daripada nilai itu, sebanyak RM28.6 bilion adalah jumlah yang dimanfaatkan oleh sektor perniagaan manakala jumlah yang dimanfaatkan oleh peminjam individu bernilai RM53.3 bilion.
“Sebanyak 732,000 peminjam yang mengambil moratorium secara automatik telah kembali meneruskan bayaran ansuran bulanan pinjaman berbanding dengan 336,000 peminjam pada bulan April 2020,” katanya dalam laporan LAKSANA ke-20 Pelaksanaan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) & Pelan Jana Semua Ekonomi Negara (PENJANA) yang dikeluarkan, di sini, hari ini.
Tengku Zafrul berkata sehingga 28 Ogos, pihak bank telah menghubungi lebih 2.0 juta peminjam yang merangkumi individu, perusahaan kecil sederhana (PKS) dan syarikat lain-lain termasuk perniagaan korporat dan komersial bagi menawarkan bantuan pembayaran pembiayaan.
–BERNAMA
Views:
Related


Berita Lain
DUYONG HIMPUN SEMUA, TOK RAUF SANTUNI SEGENAP LAPISAN RAKYAT
DUYONG 3 Ogos - Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Duyong menyantuni pelbagai lapisan masyarakat menerusi empat...
ANUGERAH SERI MELAKA BAKAL TAMBAH KATEGORI TAHUN DEPAN
AYER KEROH 2 Ogos - Kerajaan Negeri bercadang menambah baik Anugerah Seri Melaka pada tahun depan dengan menambah lebih banyak...
‘PERMATA’ MELAKA BERJAYA DISERU BUKA LEBIH BANYAK PELUANG UNTUK ANAK NEGERI
AYER KEROH 2 Ogos - Anak Melaka yang telah berjaya mencipta kejayaan dalam pelbagai bidang diseru menggunakan pengalaman, kepakaran serta...
ANUGERAH SERI MELAKA JULANG JASA, UKIR LEGASI PERMATA NEGERI
AYER KEROH 3 Ogos - Buat julung kalinya, Kerajaan Negeri menganjurkan Anugerah Seri Melaka bertujuan untuk mengangkat legasi permata Melaka...
ANAK JATI MASJID TANAH JULANG ANUGERAH SERI MELAKA
AYER KEROH 2 Ogos - Lebih empat dekad pengalaman dalam sektor hartanah, perbankan dan korporat mengangkat Datuk Sr. Azmar Talib...
RM150,000 SENTUH HATI RAKYAT DUYONG
DUYONG 2 Ogos - Kerajaan Negeri menyediakan peruntukan dan bantuan bernilai hampir RM150,000 bagi memberi manfaat kepada pelbagai lapisan masyarakat...
