Aiman Shafiq dilantik YDP Majlis Perwakilan Pelajar UTeM

Masa Membaca:1 Minit, 6 Saat

DURIAN TUNGGAL 9 Sept. – Pelajar Fakulti Kejuruteraan Pembuatan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) Aiman Shafiq Azizan dipilih sebagai Yang Dipertua (YDP) Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UTeM Sesi 2020/2021.

Aiman Shafiq menerima simbolik penyerahan watikah pelantikan disampaikan Naib Canselor UTeM Prof. Datuk Wira Dr. Raha Abdul Rahim pada Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Sesi 2020/2021 dan Penghargaan MPP UTeM Sesi 2018/2019 di Kampus Induk UTeM, Durian Tunggal, baru-baru ini.

Raha berkata, semua pelajar yang dipilih sebagai barisan MPP meraih kepercayaan daripada rakan-rakan serta warga pelajar UTeM untuk menyuarakan idea serta berkongsi pandangan.

“MPP bertanggungjawab merancang dan mengendalikan aktiviti yang berfaedah bagi mewujudkan suasana kehidupan pelajar universiti yang lebih ceria dan harmonis.

“Saya harap peranan dan fungsi barisan MPP UTeM dapat menjadi pengantara pihak universiti dan pelajar dalam mengurus tadbir universiti,” katanya pada majlis itu.

Majlis tersebut disaksikan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar), Prof Madya Dr. Nurulfajar Abd Manap, Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi, Prof Dr. Zulkifilie Ibrahim dan lain-lain.

Turut menerima pelantikan watikah, Timbalan Yang Dipertua MPP UTeM Muhammad Isa Ishak, Setiausaha Agung MPP UTeM Mohd Hasif Hamzi Mustaffi, Setiausaha Kerja Nurul Khalida Kasim dan Bendahari Kehormat MPP UTeM Nur Syahira Yusra Md. Samsuddin.

Bacaan ikrar seramai 32 pelajar ahli MPP yang juga barisan kepimpinan baharu MPP UTeM Sesi 2020/2021 turut disaksikan pada majlis itu.

Views:

906
Kongsi :
Previous post Guru ekonomi SMK Seri Tanjung johan Pidato Rukun Negara
Next post Moratorium: Bayaran balik pinjaman berjumlah RM81.9 bilion setakat 28 Ogos – Tengku Zafrul
Ubah saiz-+=