
Harga runcit RON97 naik 37 sen kepada RM4.31 seliter
KUALA LUMPUR, 11 Mei – Harga runcit petrol RON97 naik sebanyak 37 sen seliter daripada RM3.94 kepada RM4.31 manakala harga petrol RON95 dan diesel kekal bagi tempoh seminggu bermula esok hingga 18 Mei.
Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan hari ini memaklumkan harga baharu itu adalah berdasarkan harga runcit mingguan produk petroleum mengikut formula Mekanisme Harga Automatik (APM).
Menurut MOF, kerajaan akan mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter meskipun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah meningkat melebihi paras harga siling yang telah ditetapkan.
“Kerajaan akan terus memantau trend harga minyak mentah global dan mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan serta kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” katanya.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
TARIKH LAHIR SAMA, NOAH AR RAUF ‘HADIAH’ ISTIMEWA BUAT AB RAUF
AYER KEROH 23 September - Kehadiran cucu ketiga Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh membawa makna istimewa buat...
10,000 GOLONGAN SASAR BAKAL TERIMA MANFAAT KAD RAHMAH BLOOM MEKAR MEDIPULIH
DURIAN TUNGGAL 23 September - Lebih 10,000 golongan B40, warga emas, ibu atau bapa tunggal dan masyarakat Orang Asli di...
MASUK MUZIUM PERCUMA UNTUK ANGGOTA ATM, TEBUS HINGGA 19 OKTOBER
AYER KEROH 23 September – Warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Melaka boleh menikmati kemasukan percuma ke lokasi pelancongan terpilih...
LAGA BADAI SELAT MELAKA HIMPUN LEBIH 500 PESILAT
TANJUNG BIDARA 23 September - Lebih 500 pesilat dari pelbagai perguruan dalam dan luar negara menyemarakkan penganjuran Laga Badai Selat...
BANGGA KAMPUNG PULAU SEMAKIN DIKENALI SELEPAS ANAK JATI TERAJUI MELAKA
TANJUNG BIDARA 23 September - Jika dahulu Kampung Pulau sekadar sebuah perkampungan biasa yang tidak begitu dikenali, kini namanya semakin...
CADANGAN BERHUBUNG IPD HANG TUAH JAYA SUDAH DIANGKAT KE BUKIT AMAN
SERI BENDAHARA 23 September - Cadangan penubuhan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) baharu dalam kawasan pentadbiran Hang Tuah Jaya sudah diangkat...
