
Harga runcit RON97 naik 37 sen kepada RM4.31 seliter
KUALA LUMPUR, 11 Mei – Harga runcit petrol RON97 naik sebanyak 37 sen seliter daripada RM3.94 kepada RM4.31 manakala harga petrol RON95 dan diesel kekal bagi tempoh seminggu bermula esok hingga 18 Mei.
Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan hari ini memaklumkan harga baharu itu adalah berdasarkan harga runcit mingguan produk petroleum mengikut formula Mekanisme Harga Automatik (APM).
Menurut MOF, kerajaan akan mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter meskipun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah meningkat melebihi paras harga siling yang telah ditetapkan.
“Kerajaan akan terus memantau trend harga minyak mentah global dan mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan serta kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” katanya.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
KERJASAMA ERAT KERAJAAN NEGERI, MOTAC LANCARKAN PERSIAPAN WTD, WTC 2025
BANDA HILIR 10 Julai - Persiapan sambutan Hari Pelancongan Sedunia 2025 (WTD2025) dan Persidangan Pelancongan Sedunia (WTC) dijadualkan berlangsung pada...
GERAKAN BELIA 4B MALAYSIA DESAK TANGGUH PELAKSANAAN HAD UMUR BELIA MULAI 1 JANUARI 2026
AYER KEROH 10 Julai - Gerakan Belia 4B Malaysia mendesak pelaksanaan had umur belia kepada 30 tahun di bawah Akta...
SOKONG HAD UMUR BELIA 30 TAHUN, TAPI MOHON PERTIMBANGKAN PANDANGAN RAMAI
AYER KEROH 10 Julai - Melaka menyokong penurunan had umur belia daripada 40 kepada 30 tahun, kata Exco Belia, Sukan...
MAIM JEMPUT MUALAF JEJAK TANAH SUCI
AYER KEROH 10 Julai - Bahagian Balai Islam Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) membuka peluang kepada mualaf Negeri Melaka untuk...
MELAKA LANCAR PELAN TINDAKAN KOMUNITI, PERKUKUH DAYA TAHAN IKLIM
BANDARAYA MELAKA 10 Julai - Sebagai langkah memperkukuh daya tahan iklim peringkat akar umbi, dua Pelan Tindakan Komuniti (PTK) dilancarkan...
PENIAGA RUGI LEBIH SETENGAH JUTA DIPERDAYA SINDIKET TAWARAN KERJA TIDAK WUJUD
KUALA TERENGGANU 10 Julai - Seorang peniaga lelaki kerugian RM500,639.50 selepas menjadi mangsa sindiket tawaran kerja sambilan tidak wujud dalam...