
Agong berkenan kurniakan Rumah Wilayah Prihatin kepada 54 penerima
KUALA LUMPUR, 10 Sept (Bernama) — Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan mencemar duli mengurniakan Rumah Wilayah Prihatin kepada 54 penerima terpilih.
Keberangkatan tiba Seri Paduka berdua ke Majlis Pengurniaan Rumah Wilayah Prihatin, kira-kira pukul 11 pagi di Kompleks Komuniti Muhibbah di sini hari ini disambut Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa dan Pengerusi Tenaga Nasional Bhd (TNB) Datuk Seri Mahdzir Khalid.
Selepas majlis pengurniaan rumah berkenaan kepada penerima, Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah berkenan meluangkan masa beramah mesra bersama mereka, satu cerminan keperibadian tinggi dan keprihatinan Seri Paduka berdua terhadap golongan tidak berkemampuan yang memerlukan bantuan untuk kelangsungan hidup.
Program Rumah Wilayah Prihatin dilaksanakan Kementerian Wilayah Persekutuan dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), TNB dan Yayasan Wilayah Persekutuan, memberi peluang keluarga miskin tegar yang menjadi penyewa Projek Perumahan Rakyat (PPR) atau Perumahan Awam DBKL (PA DBKL) sedia ada, untuk memiliki rumah sendiri.
— BERNAMA
Views:
Related


Berita Lain
AB RAUF, KETUA MENTERI ‘GRED A’
KESIDANG 19 Oktober - Usaha Kerajaan Negeri merancakkan sektor pelancongan menerusi penganjuran pelbagai program dan acara memberikan impak positif kepada ekonomi...
ORANG ALOR GAJAH PUJI PENTADBIRAN MESRA RAKYAT, TURUN PADANG DIAMALKAN TOK RAUF
MACHAP JAYA 19 Oktober – Pelbagai inisiatif dilaksanakan Kerajaan Negeri sepanjang kepimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh...
BUKAN DEMI RUPA, DUA PESERTA BIGGEST LOSER PILIH HIDUP LEBIH SIHAT
AYER KEROH 19 Oktober – Bukan sekadar pertandingan menurunkan berat badan, The Biggest Loser KBS Peringkat Negeri Melaka 2026 menjadi...
MPAG SEDIA KIOS LAYAN DIRI, PERLUAS TRANSAKSI TANPA TUNAI
ALOR GAJAH 19 Oktober - Orang awam kini mempunyai alternatif untuk membuat pembayaran perkhidmatan Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) dengan...
PELBAGAI AKTIVITI MENARIK PASTIKAN MENARA TAMING SARI MERIAH SAMPAI HUJUNG TAHUN
TELOK MAS 19 Oktober - Melaka Taming Sari Berhad (MTSB) merancang beberapa program sampingan bagi mempelbagaikan tarikan aktiviti pelancongan di...
‘HALAL COTTAGE’ BANTU USAHAWAN MUALAF MELAKA TEMBUS PASARAN LEBIH LUAS
BANDARAYA MELAKA 19 Oktober - Seramai lapan hingga 10 usahawan mualaf di Melaka dikenal pasti berpotensi menyertai inisiatif ‘Halal Cottage’...
