
Mayat wanita ditemui dalam rumah kosong
AYER KEROH 10 Sept. – Mayat wanita warga asing dijumpai dalam keadaan tidak sempurna dalam sebuh rumah kosong di dalam kawasan kebun durian di Taman Bertam Impian, di sini, pada Selasa.
Mayat terbabit ditemui berbungkus dengan plastik oleh sepasukan polis selepas menerima maklumat kira-kira jam 10.25 malam kelmarin dan kejadian dikatakan berlaku pada Isnin.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) negeri Asisten Komisioner Mohd Nor Yhazid Idris berkata, laporan dibuat seorang lelaki yang mendakwa bapanya dipercayai bertindak membunuh seorang wanita.
Beliau berkata, sejurus menerima maklumat pihaknya bersama pasukan forensik bergegas ke lokasi kejadian dan menjalankan siasatan sebelum menemui mayat dalam keadaan berbungkus.
“Mayat itu dijumpai disebuah bilik bahagian belakang rumah dalam keadaan tidak sempurna kerana bahagian lutut kaki dipotong malah terdapat juga kesan kelar di leher.
“Polis menahan suspek lelaki berusia 54 tahun dan dia kemudiannya menunjukkan lokasi mayat serta senjata iaitu sebilah parang panjang yang berada dibahagian dapur,” katanya.
Mohd Nor Yhazid berkata, mayat mangsa kemudian dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Melaka bagi proses bedah siasat selain kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Views:
Related


Berita Lain
BERANI BERDEPAN ISU PRINSIP YB ALLEX
KESIDANG 17 Jun – Tidak berselindung di sebalik jawatan dan protokol, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kesidang, Allex Seah Shoo...
WRUR TELOK MAS: PBT BUKAN SEKADAR PEMUNGUT CUKAI
TELOK MAS 17 Jun – Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) tidak seharusnya dilihat hanya sebagai pemungut cukai, sebaliknya pihak pemudah cara...
WRUR TELOK MAS : ‘TOK AJAK’ MAHU ZIARAH 100 RUMAH
TELOK MAS 17 Jun – Dari rumah ke rumah, suara dan keluhan penduduk akan terus disantuni menerusi Program Ziarah Kasih...
TOKONG 178 TAHUN JADI NADI KOMUNITI CINA TELOK MAS
TELOK MAS 17 Jun – Berusia 178 tahun, Tokong Cheng Wah Keong bukan sahaja kekal sebagai antara rumah ibadat tertua...
ANAK TANJUNG BIDARA TERIMA KOMPUTER RIBA SUMBANGAN ‘TOK RAUF’
TANJUNG BIDARA 17 Jun - Sumbangan komputer riba yang disampaikan sendiri Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh menjadi...
ILMU KEIBUBAPAAN PANDUAN PENTING BUAT BAKAL IBU
TELOK MAS 17 Jun -Setiap wanita menunggu kelahiran cahaya mata perlu mempersiapkan diri daripada aspek fizikal, emosi dan mental yang rapi...
