Dua rakan ke penjara rompak remaja

Masa Membaca:1 Minit, 0 Saat

AYER KEROH 10 Sept. – Dua rakan dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan empat sebatan oleh Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, di sini, hari ini, selepas mereka mengaku bersalah merompak dan mencederakan seorang remaja lelaki, bulan lalu.

Hakim Elesabet Paya Wan menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh Alen Low Chou Jin, 38 dan Chai Fook Jing, 30 yang membuat pengakuan bersalah sejurus pertuhan dibacakan jurubahasa mahkamah.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa secara bersama- sama melakukan rompakan ke atas harta kepunyaan seorang remaja lelaki berusia 17 tahun iaitu tiga buah telefon bimbit sehingga menyebabkan kecederaan.

Perbuatan itu dilakukan tertuduh disebuah rumah di Taman Paya Rumput Indah, kira- kira jam 1.40 petang, pada 28 Ogos 2020.

Justeru, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat jika sabit kesalahan.

Terdahulu prosiding pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Hayatul Wirdah Mohd Yunos memohon hukuman berat dikenakan dengan mengambil kira mangsa adalah remaja dan berdepan dengan trauma yang panjang.

Bagaimanapun, tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu agar hukuman ringan dikenakan ke atas mereka dengan alasan mempunyai tanggungan.

Selepas mendengar hujah kedua- dua pihak, mahkamah kemudian memerintahkan setiap tertuduh dipenjara 12 tahun dan dikenakan empat sebatan.

Views:

349
Kongsi :
Previous post Mayat wanita ditemui dalam rumah kosong
Next post Teknologi canggih bantu akses khidmat teksi
Ubah saiz-+=