Teknologi canggih bantu akses khidmat teksi

Masa Membaca:55 Saat

DUYONG 10 Sept. – Penambahbaikan teksi menggunakan teknologi canggih mampu memudahkan pelanggan mengakses perkhidmatan itu di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan, Kemudahan Awam dan Infrastruktur negeri Datuk Roslan Ahmad berkata, usaha itu bagi membantu perkhidmatan teksi supaya mendapat saingan yang sihat.

“Teksi sudah ada nama dan identitinya yang tersendiri, cuma usaha kita untuk menambahbaik teknologi teksi ini.

“Persatuan teksi perlu bersama ahli fikirkan apakah kaedah untuk penambahbaikan teksi mereka, ada perkara yang mungkin mereka boleh selesai sendiri atau kerajaan bantu,” katanya kepada MHI.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Mesyuarat Agung Dwi Tahunan Gabungan Persatuan Kereta Sewa dan Teksi Negeri Melaka di Japerun Duyong, hari ini.

Jelasnya, pemandu teksi juga perlu kekal menjadi sebahagian duta kecil kerajaan negeri dalam menyebarkan maklumat.

“Ini termasuklah menunjukkan perilaku yang baik khususnya kepada pelancong dalam dan luar negara kerana mereka merupakan orang paling hadapan yang menyambut tetamu.

“Persatuan teksi juga perlu memberi kerjasama dengan kerajaan negeri selain mengadakan beberapa perundingan untuk kita pertimbang atau selesaikan mengikut keperluan,” katanya.

Katanya, setakat ini terdapat seramai 805 pemandu teksi yang berdaftar dan telah menerima caruman kebajikan daripada kerajaan negeri.

Views:

458
Kongsi :
Previous post Dua rakan ke penjara rompak remaja
Next post MBMB lancar pasukan ‘Task Force’
Ubah saiz-+=