
Rumah Terbuka DUN Pantai Kundor ditunda 27 Mei, lokasi ditukar
PANTAI KUNDOR 15 Mei – Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Kundor yang sepatutnya dijadual pada 20 Mei ditunda kepada 27 Mei (Jumaat).
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Kundor Tuminah Kadi berkata, pertukaran tarikh itu dilakukan memandangkan dua pemimpin besar negeri masih berada di luar negara.
“Besar harapan saya dan warga Pantai Kundor agar Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam dan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali dapat menyerikan majlis yang akan diadakan ini,” katanya kepada Melaka Hari Ini.
Mengulas lanjut, katanya lokasi majlis yang sebelum ini dimaklumkan di Pentas Budaya Pantai Puteri juga ditukar ke Arena Petanque Hang Jebat Melaka, iaitu bersebelahan Kompleks JAPERUN Pantai Kundor.
Menurutnya, perubahan lokasi itu dilakukan bagi memudahkan orang ramai memandangkan kawasan itu lebih luas untuk parkir kenderaan, selain mampu menampung lebih ramai pengunjung.
“Diharap semua dapat bersama memeriahkan majlis rumah terbuka yang akan diadakan itu nanti,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
PENDUDUK KRUBONG BERSYUKUR MASALAH TANAH KUBUR ‘KRITIKAL’ KINI SELESAI
PAYA RUMPUT 21 Februari – Penduduk Krubong bakal menikmati kemudahan tanah perkuburan Islam baharu selepas sebuah tapak diluluskan dan diserahkan...
YB, JPKK BANTU USAHAWAN SPA MUSLIMAH BERSINAR
PAYA RUMPUT 21 Februari – Siapa sangka, bermula dengan menawarkan rawatan kecantikan dan urutan dari rumah, seorang wanita kini berupaya...
KUNJUNGI MEMORIAL HAYATI PERJUANGAN TOKOH KEMERDEKAAN
BANDA HILIR 21 Februari - Orang ramai digalakkan mengunjungi Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan Banda Hilir bagi menghayati sendiri sejarah dan perjuangan...
JEJAK PORTUGIS DI KAMPUNG TAMPOI
PAYA RUMPUT 21 Februari - Di sebalik kepadatan kawasan perindustrian di kawasan Perindustrian Krubong terdapat runtuhan sebuah gereja lama berusia...
TIBI TERKAWAL, PELANCONGAN MELAKA SELAMAT DILAWATI
TELOK MAS 21 Februari - Penularan penyakit Tibi di Melaka masih terkawal dan tidak menjejaskan industri pelancongan, kata Pengurus Besar...
KEBIMBANGAN PENDUDUK KINI BERAKHIR
PAYA RUMPUT 21 Februari - Isu jalan sempit yang sekian lama menjadi rungutan penduduk di Kampung Pantai Cheng, di sini,...

