
Lelaki ditahan miliki air ketum, dadah
KUALA LUMPUR, 22 Mei – Seorang lelaki warga tempatan ditahan kerana disyaki memiliki dadah dan air ketum di perkarangan Dewan Beringin, Taman Sri Gombak di sini, kelmarin.
Ketua Polis Daerah Gombak ACP Zainal Mohamed Mohamed berkata ketika tangkapan, polis telah merampas dua biji pil disyaki dadah jenis Erimin 5, sebotol dan lima bungkusan plastik lut sinar disyaki air ketum.
Zainal Mohamed berkata pada 9.55 pagi tadi, IPD Gombak telah mengesan satu hantaran status di laman sosial menyatakan “Malam tadi salah seorang staff Pejabat Penyelaras DUN Gombak Setia diberkas bersama empat beg ketum yang disimpan di dalam pejabat”.
“Hasil siasatan mendapati suspek bukan salah seorang petugas di Pejabat Penyelaras DUN Gombak Setia. Rampasan dibuat dalam sebuah khemah di perkarangan Dewan Beringin dan bukan di dalam Pejabat Penyelaras DUN Gombak Setia seperti yang dinyatakan dalam status yang tular itu.
“Dewan Beringin, Taman Sri Gombak merupakan dewan serbaguna yang digunakan oleh masyarakat Taman Sri Gombak serta kawasan sekitarnya,” katanya dalam kenyataan malam tadi.
Zainal Mohamed berkata suspek kini ditahan reman selama empat hari untuk membantu siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
DUA KEMENANGAN HADIAH BUAT EMPAT PELAJAR UITM JASIN
BANDARAYA MELAKA 14 November - Kesibukan menyiapkan projek tahun akhir bukan penghalang buat empat pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus...
PRN MELAKA: 240 PUSAT MENGUNDI DITUTUP SERENTAK 6 PETANG
MELAKA 14 November - Proses pengundian bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 berakhir secara rasmi, selepas kesemua 240 pusat...
PRN MELAKA: LEBIH 70 PERATUS KELUAR MENGUNDI, SASARAN SPR TERCAPAI
AYER KEROH 14 November - Seramai 472,381 daripada keseluruhan 669,211 pengundi berdaftar telah menunaikan tanggungjawab mengundi pada Pilihan Raya Negeri...
PRN MELAKA: 42 LAPORAN POLIS, 32 KERTAS SIASATAN DIBUKA
AYER KEROH 14 November – Sebanyak 32 kertas siasatan dibuka daripada 42 laporan polis diterima berhubung pelbagai isu sepanjang Pilihan...
PRN MELAKA: TERLANTAR SAKIT, IBU CALON BN ASAHAN TETAP GAGAH TUNAI UNDI
REMBIA 14 November - Keadaan kesihatan yang menyebabkan dirinya terlantar sakit tidak menghalang ibu kepada calon Dewan Undangan Negeri (DUN)...
PRN MELAKA: HELMY HARAP MELAKA JADI CONTOH KADAR KELUAR MENGUNDI TINGGI
DUYONG, 14 November – Melaka diharap mampu menjadi contoh kepada negeri lain dalam aspek komitmen rakyat menunaikan tanggungjawab demokrasi menerusi...
