
Mahkamah rayuan Singapura bebaskan 2 lelaki termasuk Rakyat Malaysia atas tuduhan Dadah: Laporan
SINGAPURA, 28 Mei – Dua lelaki yang sebelum ini didapati bersalah kerana mengedar dadah, termasuk seorang rakyat Malaysia, dibebaskan oleh Mahkamah Rayuan Singapura pada Jumaat (27 Mei), lapor media tempatan.
Akhbar The Straits Times melaporkan, panel tiga hakim yang diketuai Ketua Hakim Sundaresh Menon, membenarkan rayuan warga Singapura, Raj Kumar Aiyachami, 40, atas sabitan bersalah dan hukuman mati yang dikenakan terhadapnya.
Laporan itu turut menyatakan, mahkamah turut membebaskan warga Malaysia, Ramadass Punnusamy,41, atas sabitan bersalah dan hukuman penjara seumur hidup serta 15 sebatan.
Rayuan kedua-dua lelaki itu berkisar terhadap isu sama ada mereka tahu mengenai dadah terbabit, lapor akhbar dalam talian itu.
Pasangan itu dituduh berkait dengan sebuah beg dadah mengandungi tidak kurang daripada 1.875 kanabis.
Memetik peguam Ramadass, Eugene Thuraisingam, laporan itu menyatakan, pas sementara untuk Ramadass berkemungkinan sedang diaturkan oleh Pihak Berkuasa Imigresen kerana pas masuknya ke negara itu sudah pun luput.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
‘TAK PERCAYA TOK RAUF DATANG, MACAM MIMPI’
AYER LIMAU 9 September - Ada yang teruja, malah menyifatkan peluang berjumpa empat mata dengan Ketua Menteri Datuk Seri Utama...
30 BOT BERHIAS, PERTANDINGAN TEBAR JALA ANTARA TARIKAN FESTIVAL SUNGAI MELAKA 2026
AYER LIMAU 9 September - Jumlah penyertaan bagi pertandingan bot berhias sempena Festival Sungai Melaka 2026 di Jeti Nelayan Telok...
MAIM SASAR LEBIH RAMAI BELIA SERTAI BSAT
AYER KEROH 9 September - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) menyasarkan lebih ramai golongan belia dan pelajar institusi pengajian tinggi...
TERHARU TOK RAUF KONGSI BERITA GEMBIRA BUMBUNG RUMAH PUSAKA BAKAL DIGANTI
AYER LIMAU 9 September - Masalah bumbung rumah pusaka didiami Mualif Mohd Noor yang bocor sejak sekian lama mendapat perhatian...
TOK RAUF BAWA KHABAR GEMBIRA, RUMAH UZUR ROHAIDAH BAKAL DIBAIK PULIH
AYER LIMAU 9 September - Kunjungan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh membawa khabar gembira buat Rohidah Mohd...
MELAKA RUMAHKU: RM8 JUTA BANTU GOLONGAN PERLUKAN RUMAH SELESA
AYER LIMAU 9 September - Kerajaan Negeri memperuntukkan kira-kira RM8 juta sepanjang tahun ini bagi pelaksanaan Program Melaka Rumahku (PMR)...
