
Waspada panggilan, SMS menyamar pegawai agensi kerajaan
PUTRAJAYA, 1 Jun – Orang ramai diingatkan agar berwaspada dengan panggilan atau khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada individu atau nombor yang menyamar pegawai agensi kerajaan, menurut Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).
MCMC dalam kenyataan hari ini menasihati orang ramai untuk mengambil langkah berjaga-jaga antaranya memutuskan panggilan dan mengabaikan SMS tersebut dan jangan sesekali mengikut arahan pemanggil atau penghantar SMS.
“Jangan dedahkan maklumat peribadi anda kepada pemanggil atau penghantar SMS,” menurut kenyataan itu.
MCMC juga menasihati orang ramai supaya melaporkan panggilan dan SMS tersebut kepada pihak polis untuk tindakan dan kongsikan pengalaman dengan keluarga serta rakan sebagai usaha memberikan kewaspadaan supaya tidak menjadi mangsa.
Sekiranya sesiapa telah menjadi mangsa scam, individu terlibat dinasihatkan untuk segera melaporkan kepada pihak polis atau merujuk kepada CCID Scam Response Center di talian 03-2610 1159 atau 03-2610 1599.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
TUMINAH BERI BAYANGAN MAHU PERTAHAN PANTAI KUNDOR
PANTAI KUNDOR 24 Oktober - Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Kundor Datuk Tuminah Kadi @Mohd Hashim memberi bayangan...
PRN MELAKA: ‘TAK BERTANDING TAK APA, YANG PENTING BN MENANG’ – DR. AKMAL
JASIN 24 Oktober - Ketua UMNO Bahagian Jasin Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh menegaskan kesediaannya menerima apa juga keputusan pucuk...
PRN MELAKA: AB RAUF MAHU BN-PAS BERGERAK SEIRING, JANGAN ADA DUSTA
JASIN 24 Oktober - Kerjasama Barisan Nasional (BN) dan PAS dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16 perlu diterjemahkan...
PRN MELAKA: BN SASAR TAMBAH DUA HINGGA TIGA – AB RAUF
JASIN 23 Oktober – Barisan Nasional (BN) menyasarkan penambahan dua hingga tiga kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16...
LIMA DUN PARLIMEN JASIN MESTI KEMBALI KE PANGKUAN BN – TOK RAUF
JASIN 23 Oktober – Barisan Nasional (BN) menyasarkan untuk merampas semula kesemua lima kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Parlimen...
BN SASAR KEMENANGAN LEBIH BESAR DI PANTAI KUNDOR
PANTAI KUNDOR 23 Oktober - Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Kundor menyasarkan kemenangan lebih besar pada Pilihan...

