
Dinosaur World terbesar di Asia Tenggara ada di Zoo Melaka
AYER KEROH 16 Sept. – Zoo Melaka bakal menampilkan satu lagi tarikan terbaharu berbentuk taman tema pendidikan yang dipanggil Dinosaur World.
Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) Shadan Othman berkata, tarikan baharu itu akan dibangunkan di tanah seluas empat ekar di dalam Zoo Melaka yang mana kini ia sudah 50 peratus siap.
Katanya, tarikan itu dijangka akan mula dibuka bermula November depan, bersempena cuti sekolah.
“Projek ini merupakan satu kerjasama dengan syarikat swasta yang mana terdapat pelbagai spesies dinosour berbentuk robotik akan dibangunkan di dalam zoo ini.
“Projek terbaharu ini diyakini dapat menggamit lebih ramai pelancong untuk datang ke Melaka dan Zoo Melaka, khususnya memandangkan taman ini merupakan yang terbesar di Asia Tenggara.
“Pengunjung yang datang bukan sahaja boleh melihat haiwan, tetapi juga dapat belajar mengenai makhluk purba yang sudah pupus di dunia ini,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas majlis penyampaian hadiah Zoo Treasure Hunt sempena Hari Malaysia 2020 di Zoo Melaka.
Program itu telah disertai seramai 141 pasukan melibatkan lebih 400 peserta dan dalam dan luar Melaka.
Objektif program itu diadakan ialah untuk mempromosikan Zoo Melaka bukan sahaja menjadi tempat untuk melihat haiwan tetapi juga mengenal sifat dan ciri-ciri haiwan.
Views:
Related


Berita Lain
HUFFAZ JUGA MAMPU JADI PERDANA MENTERI – AHMAD ZAHID
BANDARAYA MELAKA 24 Oktober - Pelajar tahfiz tidak seharusnya dipandang rendah kerana golongan huffaz berpotensi menjadi profesional malah pemimpin tertinggi...
PRN MELAKA: BN KEKAL PADA JANJI, 7 KERUSI UNTUK PN
BANDARAYA MELAKA 24 Oktober - Barisan Nasional (BN) kekal dengan persetujuan asal menyerahkan tujuh kerusi yang tidak ditandinginya kepada Perikatan...
TOK AJAK RANCAKKAN PEMBANGUNAN SUKAN TELOK MAS
TELOK MAS 24 Oktober - Prihatin terhadap keperluan belia sekitar Padang Temu, penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas...
39 PERSIMPANGAN MELAKA DILENGKAPI LAMPU ISYARAT PINTAR
AYER KEROH 24 Oktober - Sebanyak 39 persimpangan strategik di Melaka dilengkapi sistem Lampu Isyarat Pintar (STL) sejak 2023 hingga...
DILEMA TUKANG BOT, MENCARI ‘TANGAN BAHARU’ PENYAMBUNG LEGASI
SERKAM 24 Oktober - Di sebalik bot nelayan yang berulang-alik ke laut, terdapat kemahiran membaiki badan bot, memasang gentian kaca...
TUMINAH BERI BAYANGAN MAHU PERTAHAN PANTAI KUNDOR
PANTAI KUNDOR 24 Oktober - Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Kundor Datuk Tuminah Kadi @Mohd Hashim memberi bayangan...
