Untitled-1

Sempadan negara kekal ditutup, kecuali bagi tujuan perniagaan – PM

KUALA LUMPUR 15 Sept. – Sempadan negara tidak akan dibuka secara terburu-buru bagi mengekang penularan wabak Covid-19.

Tegas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, kawalan keselamatan di sempadan negara juga akan dipertingkat bagi
mengekang aliran kemasukan individu berpotensi dijangkiti wabak itu ke dalam negara ini.

“Sempadan negara kita masih ditutup kecuali untuk tujuan perniagaan termasuk pelaburan dan pendidikan dengan syarat pematuhan SOP tertentu ketat.

“Jika dibandingkan dengan situasi di beberapa negara luar, terdapat negara yang masih berusaha keras menangani penularan jangkitan Covid-19 yang belum lagi menunjukkan tanda untuk reda.

“Malah, beberapa buah negara kini menghadapi ancaman gelombang baharu penularan Covid-19. Perkara sama boleh berlaku di Malaysia jika kita leka dan memandang remeh penularan wabak ini di peringkat global,” katanya menerusi Perutusan Khas Perdana Menteri – Situasi Semasa Covid-19 yang disiarkan secara langsung di televisyen, malam ini.

Muhyiddin berkata, walaupun kawalan sempadan negara yang ketat menimbulkan sedikit kesukaran khususnya kepada orang ramai mempunyai urusan di luar negara, tindakan tegas perlu diambil untuk melindungi rakyat dan negara kita daripada wabak itu,

Beliau berkata, kerajaan perlu mengimbangi antara keperluan untuk melindungi nyawa dan kehidupan rakyat Malaysia.

Menurutnya, sehubungan itu kawalan sempadan negara akan terus diperketatkan termasuk meningkatkan usaha menghalang kemasukan pendatang asing tanpa izin (Pati).

Views:

23

Share and Enjoy !

Shares
MELAKA River Cruise; MRC Previous post Diskaun 50 peratus untuk individu lahir 16 September
IMG-20200916-WA0003 Next post Dinosaur World terbesar di Asia Tenggara ada di Zoo Melaka