
Malaysia – Arab Saudi setuju tingkat kerjasama dua hala dengan penubuhan SMCC
KUALA LUMPUR, 12 Jun – Malaysia dan Arab Saudi bersetuju meningkatkan lagi tahap kerjasama dua hala dengan menubuhkan Majlis Koordinasi Arab Saudi-Malaysia (SMCC), demikian menurut Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Beliau berkata perkara itu merupakan antara isu yang dibincangkan semasa menerima kunjungan hormat Menteri Luar Arab Saudi Putera Faisal bin Farhan di Perdana Putra, Putrajaya, Rabu lepas.
Menerusi catatan di laman Facebook rasmi hari ini, Ismail Sabri berkata selain itu, usaha untuk mengaktifkan semula inisiatif penubuhan Majlis Perniagaan Arab Saudi-Malaysia dalam masa terdekat serta isu-isu lain seperti kuota haji, pendidikan dan pelancongan turut dibincangkan dalam pertemuan itu.
“Malaysia akan terus mengukuhkan lagi hubungan dua hala dan ekonomi melibatkan perdagangan serta pelaburan dengan Arab Saudi,” menurut catatan itu.
Putera Faisal yang dalam lawatan rasmi dua hari ke Malaysia bermula 7 Jun lepas turut menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MELAKA SEDIA KAWASAN PERKUBURAN TAMBAHAN, TAMPUNG KEPERLUAN MASA HADAPAN
SERI NEGERI 28 April - Kerajaan Negeri mengambil langkah proaktif dengan merancang untuk menyediakan tanah perkuburan tambahan seluas kira-kira 62.6...
PEKAN ASAHAN BAKAL MILIKI STESEN MINYAK, PONDOK ATM
ASAHAN 28 April - Penduduk dan pengguna jalan raya di sekitar Pekan Asahan bakal menerima berita gembira apabila sebuah stesen...
DUN MELAKA LULUS USUL KUMPULAN WANG AMANAH CAJ WARISAN
SERI NEGERI 28 April - Dewan Undangan Negeri Melaka, hari ini, meluluskan usul penubuhan Kumpulan Wang Amanah Caj Warisan Negeri...
MAIM KAWAL SELIA 246.585 HEKTAR TANAH PERKUBURAN
SERI NEGERI 28 April - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) mengawal selia 246.585 hektar tanah perkuburan Islam di negeri ini....
MELAKA PERKENAL TABUNG AMANAH PERKUBURAN
SERI NEGERI 28 April - Kerajaan Negeri memperkenalkan pendekatan baharu dengan menubuhkan Tabung Amanah Perkuburan bagi memastikan pengurusan tanah perkuburan...
DADAH: 5,411 PELAJAR MELAKA JALANI SARINGAN AIR KENCING
SERI NEGERI 28 April - Seramai 5,411 pelajar sekolah menengah di Melaka telah menjalani saringan air kencing bagi mengesan penyalahgunaan...
