
164 pelajar terima bantuan sekolah fasa 2
ASAHAN 15 Jun – Bagi memastikan pendidikan anak-anak di Melaka terus cemerlang, seramai 164 pelajar di Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan menerima sumbangan persekolahan fasa 2, baru-baru ini.
Sumbangan menerusi Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka (Tapem) itu disampaikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Asahan, Fairul Nizam Roslan.
Menurut Fairul, pemberian bantuan itu sudah pasti memberi impak yang positif kepada golongan memerlukan tidak mengira lapisan masyarakat.
“Terima kasih Kerajaan Negeri Melaka atas sumbangan persekolahan Fasa 2 melalui Tapem, alhamdulillah tahun 2022 seramai 164 pelajar dari DUN Asahan telah menerima sumbangan persekolahan dari Tapem,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook rasminya Jumaat lalu.
Hadir sama Pengerusi Tapem, Datuk Mustafa Musa.
Terdahulu Fairul Nizam berkesempatan menyantuni anak-anak yang menyertai Program Celik Al-Quran anjuran Japerun Asahan, Masjid Tun Khalil dan Yayasan Pelajaran MARA (YPM).
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
WRUR AYER KEROH: KONVOI BERMOTOR SUK TINJAU PROJEK NAIK TARAF ZOO MELAKA
AYER KEROH 28 April - Zoo Melaka menjadi antara destinasi persinggahan program Konvoi Bermotor Bersama YB Setiausaha Kerajaan Negeri, hari...
YB ALONG SEJAHTERAKAN WARGA FELDA BUKIT SENGGEH
ASAHAN 28 April - Pelbagai inisiatif pembangunan yang dilaksanakan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan khususnya di Felda Tun Ghafar...
MELAKA SASAR TAMBAH DUA AMBULANS SETIAP TAHUN
SERI NEGERI 28 April - Kerajaan Negeri menyasarkan penambahan sekurang-kurangnya dua buah ambulans setiap tahun bagi memperkukuh perkhidmatan kecemasan di...
DULU ‘KAWASAN MERAH’, KINI GUNUNG EMAS
ASAHAN 28 April - Sejarah sesuatu kampung merupakan asas kepada penghayatan asal-usul, perkembangan dan identiti sesebuah komuniti tempatan. Dengan menelusuri...
MELAKA MILIKI 10 KOPERASI PELANCONGAN
SERI NEGERI 28 April - Sebagai sebuah negeri pelancongan, koperasi berasaskan sektor itu kini semakin berkembang, kata Exco Pembangunan Usahawan,...
PEGAWAI JKM DI DAERAH JADI EJEN PEMBANGUNAN SOSIAL MASYARAKAT
SERI NEGERI 28 April - Pegawai Kes Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri di peringkat daerah memainkan pelbagai peranan penting dalam...

