
Jenazah Hamid Gurkha selamat dikebumi
KLANG, 14 Jun – Jenazah pelawak veteran Abdul Hamid Ab Rahman atau lebih dikenali Hamid Gurkha selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid Kota Raja, Kampung Jawa di sini malam ini.
Terdahulu, jenazah disolatkan di Masjid Kota Raja dan dikebumikan di tanah perkuburan itu kira-kira 9.50 malam.
Selain keluarga, beberapa teman rapat dan rakan selebriti Allahyarham turut kelihatan di pekarangan masjid dan tanah perkuburan antaranya penyanyi, Datuk Nashrudin Elias atau Nash dan pelawak Sulaiman Yassin (Mat Over).
Hamid Gurkha, 89, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Tengku Ampuan Rahimah di sini, pada 2.19 petang tadi akibat sakit tua.
Allahyarham mula dikenali menerusi filem Panglima Badol pada 1978 selain turut popular menerusi filem Senario The Movie dan Zombi Kampung Pisang. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
11,037 KES MAHKAMAH SYARIAH MELAKA SELESAI, BUKTI KEADILAN SEMAKIN CEKAP
AYER KEROH 20 Ogos - Sebanyak 11,037 daripada 13,424 kes Mal (sivil) dan jenayah berjaya diselesaikan Mahkamah Syariah Negeri Melaka...
256 PROJEK INFRA RAKYAT MENDAHULUI JADUAL – AHMAD
SERI NEGERI 20 Ogos - Sebanyak 256 daripada 871 projek infrastruktur rakyat yang kini dalam pembinaan berada pada prestasi mendahului...
LIMA KENDURI RAKYAT WARNAI WRUR AYER LIMAU
AYER LIMAU 20 Ogos - Lima kenduri rakyat bakal menjadi antara pengisian utama Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan...
TOK AJAK ‘HIDUPKAN’ BELIA DAN SUKAN TELOK MAS
TELOK MAS 20 Ogos – Pembangunan fasiliti sukan untuk golongan belia di Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas terus diperkasa...
MPV DIHEMPAP POKOK TUMBANG: ENAM TERMASUK KANAK-KANAK TERSELAMAT
JASIN 20 Ogos - Enam individu termasuk dua kanak-kanak terselamat apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki mereka dihempap pokok tumbang...
LAMPU SOLAR TERANGI LOKASI GELAP DUN KUALA LINGGI
KUALA LINGGI 20 Ogos - Pemasangan lampu solar di lokasi gelap dan laluan berisiko berlaku kemalangan antara usaha berterusan dilaksanakan...

