
Piala Tun Abdul Razak: Melaka perlu menang untuk ke suku akhir
AYER KEROH 21 Sept. – Pengurus pasukan Hoki Lelaki Melaka Piala Tun Abdul Razak Mirandy Nawawi berharap anak buah Azrul Effendy Bistamam kembali bangkit pada aksi kedua Piala Tun Abdul Razak berdepan Pulau Pinang, malam ini.
Selepas merekodkan keputusan seri 2-2 ketika bertemu juara Divisyen Dua tahun lepas Perlis pada Jumaat, Mirandy menegaskan misi mesti menang malam ini amat mustahak untuk menempah slot ke suku akhir.
Menyifatkan keputusan Jumaat lalu sebagai permulaan baik, Mirandy turut optimis tiada yang mustahil untuk dicapai selagi para pemain memberikan fokus tinggi dalam perlawanan tatkala pasukan berdepan masalah kecederaan pemain.
“Keputusan seri 2-2, ia permulaan yang agak baik, namun Melaka perlu menang menentang Pulau Pinang malam ini untuk memastikan tempat ke suku akhir,” katanya ringkas ketika dihubungi.
Jumaat lepas, pemain Melaka B. Namasivayam muncul penyelamat pasukan menerusi jaringan pada minit ke-59.
Views:
Related


Berita Lain
17 DAS MERIAM BUKA TIRAI ISTIADAT PINGAT MELAKA
SERI NEGERI 24 Ogos - Dentuman 17 das tembakan meriam memecahkan suasana pagi di Seri Negeri, menandakan bermulanya Istiadat Penganugerahan...
RM450,000 BANTU RAKYAT ASAHAN DIAMI RUMAH LEBIH SELESA
ASAHAN 24 Ogos - Sebanyak 13 permohonan menerusi inisiatif Melaka Rumahku di Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan diluluskan sehingga tahun...
BUKTI ORANG ASAHAN SAYANG TOK RAUF
ASAHAN 23 Ogos - Kehadiran ribuan rakyat memeriahkan siri Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan menjadi...
AGENDA SEJAHTERAKAN ASAHAN BELUM BERAKHIR
ASAHAN 23 Ogos - Tamatnya siri Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan bukan bermakna komitmen...
TOK RAUF PUJI KOMITMEN YB ALONG SANTUNI 32,000 WARGA ASAHAN
ASAHAN 23 Ogos - Komitmen Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Asahan, Datuk Fairul Nizam Roslan atau lebih mesra dikenali sebagai...
‘KENAPA MELAKA TAK RELAKS?’ INI KATA TOK RAUF
ASAHAN 23 Ogos - "Tok Rauf, apa yang tak relaks sangat Melaka ni... Ketua Menteri sendiri pula turun dari satu...
