
AADK tahan 103 penagih dadah sepanjang PKP dan PKPB
JASIN 3 Jun – Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Melaka menahan 103 penagih dadah termasuk lima wanita di negeri itu, dalam operasi khas sejak 27 April hingga 31 Mei lalu, iaitu ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Exco Kesihatan dan Anti Dadah Melaka Rahmad Mariman berkata, mereka yang ditahan didapati positif dadah jenis methamphetamine, syabu, morphin dan heroin.
“Mereka yang ditahan ini meliputi seramai tiga orang yang berusia 13 hingga 19 tahun, 73 orang (20 hingga 40 tahun) dan 27 (lebih 41 tahun),” katanya kepada pemberita selepas menghadiri taklimat Op Khas tempoh PKP dan PKPB di AADK Jasin semalam.
Turut dihadiri Pengarah AADK negeri, Nazir Mohamad.
Rahmad berkata, operasi khas itu dijalankan ekoran aduan serta maklumat awam dengan mengenal pasti kawasan berisiko tinggi di Melaka Tengah iaitu Peringgit, Pernu, Batu Berendam, Krubong, Tanjung Kling dan Malim.
Katanya, bagi daerah Alor Gajah kawasan berisiko tinggi ialah di Durian Tunggal, Masjid Tanah, Kuala Sungai Baru dan Kuala Linggi.
“Sepanjang tempoh berkenaan, pihak AADK turut menerima 28 aduan awam dan 23 daripadanya, berjaya diselesaikan,” katanya.
— BERNAMA
Views:
Related
Berita Lain
LEBIH 50,000 MERIAHKAN FESTIVAL SUNGAI MELAKA 2026
AYER KEROH 23 September - Seramai 50,000 pengunjung direkodkan hadir memeriahkan Festival Sungai Melaka 2026 berlangsung di beberapa lokasi menarik...
ANAK MUDA DIPELAWA MERIAHKAN MUSYAWARAH NASIONAL 3.0
BANDARAYA MELAKA 23 September - Musyawarah Nasional 3.0 bukan hanya untuk pemimpin politik atau golongan tertentu sebaliknya terbuka kepada masyarakat...
MUSYAWARAH NASIONAL 3.0 BAHAS POLEMIK MELAYU MENGIKUT PERSPEKTIF AKADEMIK, SEJARAH
BANDARAYA MELAKA 23 September - Isu dan polemik berkaitan orang Melayu bakal dibincangkan secara terbuka menerusi Musyawarah Nasional 3.0 yang...
MELAKA MEDAN MUSYAWARAH RUNGKAI POLEMIK SEJARAH TANAH MELAYU
BANDARAYA MELAKA 23 September - Melaka bakal menjadi medan perbincangan dan pertukaran pandangan mengenai sejarah, identiti serta pembentukan negara menerusi...
HASN 2026: MPHTJ TERIMA PENGIKTIRAFAN PEMANGKIN BANDAR PINTAR, KEJIRANAN HIJAU
AYER KEROH 23 September – Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) menerima Anugerah Pemangkin Bandar Pintar dan Kejiranan Hijau sempena...
LEBIH 3,000 PEGAWAI, ANGGOTA PDRM BERTUGAS JAMIN KELANCARAN PRN MELAKA
SERI BENDAHARA 23 September - Polis Kontinjen Melaka sudah bersedia menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) dengan seramai 3,150 pegawai dan...


