
CAP gesa KPKT bekukan pengeluaran lesen baharu penjualan arak
GEORGE TOWN 3 Jun – Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) hari ini menggesa Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) supaya membekukan pengeluaran lesen baharu penjualan minuman keras di negara ini.
Pegawai Pendidikan CAP, N.V Subbarow berkata gesaan itu berikutan peningkatan kes kemalangan membabitkan pemandu mabuk sehingga menyebabkan kematian, dengan sembilan kematian dicatatkan dalam tempoh lima bulan pertama tahun ini.
“Pada pandangan kami, ini bukan kemalangan, ini adalah pembunuhan. Pemandu tahu, tidak boleh memandu kereta apabila sudah mabuk. Jika (mereka) tidak mahu ikut undang-undang, pemandu jadi seorang pembunuh. Undang-undang keras boleh menyelamat nyawa orang awam,” katanya dalam kenyataan, di sini malam tadi.
Tambahnya, CAP menyokong penuh dan berterima kasih kepada pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang mengambil keputusan untuk membekukan pengeluaran lesen baharu penjualan minuman keras demi menjaga keselamatan orang awam.
Menurut Subbarow, pihaknya berharap negeri-negeri lain dapat mengambil langkah sama sementara menunggu undang-undang baharu berkaitan pemandu mabuk diputuskan oleh Kementerian Pengangkutan tidak lama lagi.
— BERNAMA
Views:
Related
Berita Lain
TOK AJAK PUAS DAPAT BAWA ‘DUNIA’ KE MELAKA
TELOK MAS 17 Ogos - Kejayaan Melaka dipilih sebagai tuan rumah sambutan Hari Pelancongan Sedunia (WTD) 2025 disifatkan sebagai antara...
DUN KUALA LINGGI RAIKAN ATLET SUKAN MELAKA
KUA LINGGI 17 Ogos - Atlet dan pegawai pasukan mewakili Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi yang beraksi pada pentas...
OUM PILIHAN WARGA KERJA, OKU BINA KERJAYA SAMBIL BELAJAR
AYER KEROH 17 Ogos - Pembelajaran fleksibel, yuran pengajian yang kompetitif serta kemudahan pembelajaran dalam talian menjadikan Open University Malaysia...
POLIS SIASAT KES LELAKI DITUMBUK BERKAITAN TAPAK NIAGA
MELAKA 17 Ogos - Polis mengesahkan kejadian pergaduhan membabitkan seorang lelaki yang ditumbuk di bahagian kepala, dipercayai berpunca daripada perselisihan...
JAKIM DEKATI REMAJA, TANGANI ISU SOSIAL
PENGKALAN BATU 17 Ogos - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan meneruskan Program Jerayawara Kesedaran Isu Sosial (J-KIS) ke seluruh...
INKLUSIVITI DESA FELDA HUTAN PERCHA PUKAU DELEGASI 18 NEGARA
BANDA HILIR 17 Ogos - Pengalaman tinggal bersama masyarakat Felda Hutan Percha memberi kesan mendalam kepada 20 peserta dari 18...


