
Operasi perjalanan Feri Dumai – Melaka, Bengkalis – Melaka ditingkatkan
AYER KEROH 14 Julai – Kekerapan operasi perjalanan feri dari Dumai – Melaka dan Bengkalis – Melaka ditingkatkan 10 kali seminggu.
EXCO Pelancongan negeri, Datuk Muhammad Jailani Khamis berkata kehadiran pelancong daripada kedua-dua lokasi itu mendapat sambutan memberangsangkan sejak pembukaan sempadan negara bermula 1 Apr lalu.
“Insha-Allah, perkhidmatan feri itu akan beroperasi sehari sekali bagi perjalanan Dumai -Melaka manakala tiga kali seminggu bagi Bengkalis – Melaka.
“Ia sekali gus menjadikan perjalanan dari kedua-dua destinasi ini akan ada ada 10 kali seminggu,” katanya pada sidang media di pejabat Tourism Melaka, di sini hari ini.
Pada 5 Mei lalu, Melaka menerima pelancong dari Indonesia dengan ketibaan feri pertama dari Dumai manakala feri pertama dari Bengkalis tiba pada 14 Jun lalu.
Feri yang membawa penumpang dari dua lokasi di Indonesia itu mula beroperasi selepas hampir dua tahun tidak berlabuh di negeri ini akibat pandemik COVID-19.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
‘IBU CUMA MAHU AIRA SEMBUH, KEMBALI CERIA’
AYER LIMAU 16 Ogos - Di sebalik senyuman dan semangat seorang kanak-kanak berusia enam tahun, tersimpan perjuangan getir melawan kanser...
KRT SUTERA WANGI AKTIF SATUKAN PENDUDUK, TANGANI ISU TAMAN
AYER KEROH 16 Ogos - Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Sutera Wangi Fasa Baru, Batu Berendam terus mempergiat aktiviti kemasyarakatan...
KEMPEN KIBAR JALUR GEMILANG SUNTIK SEMANGAT PATRIOTIK RAKYAT MELAKA
AYER KEROH 16 Ogos - Kempen mengibarkan Jalur Gemilang sempena Bulan Kebangsaan yang dianjurkan Jabatan Penerangan (JaPen) Melaka bukan sahaja...
SHADAN DILANTIK KOMANDER REJIMEN 514 ASKAR WATANIAH
AYER KEROH 16 Ogos - Datuk Shadan Othman dilantik sebagai Komander Rejimen 514 Askar Wataniah Melaka yang baharu. Pelantikan itu...
MAIM SALUR RM30,000 BANTU ADIK AIRA LAWAN KANSER LIMFOMA
AYER LIMAU 16 Ogos - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) menyalurkan sumbangan RM30,000 bagi membantu seorang kanak-kanak berusia enam tahun,...
KEENAKAN DODOL MELAKA JADI KENANGAN DELEGASI AFRIKA-ASIA
MACHAP JAYA 16 Ogos - Pengalaman lima hari di Malaysia sepanjang mengikuti latihan dan menginap di Felda Hutan Percha memberi...
