Bandaraya Melaka Bersejarah ‘top 10’ Kempen We Love Cities

Masa Membaca:1 Minit, 6 Saat

AYER KEROH 24 Sept. – Bandaraya Melaka Bersejarah tersenarai ‘Top 10 Scoring Cities’ bagi Kempen ‘We Love Cities 2020’ bermula 14 September lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar Negeri, Datuk Seri Abdul Ghafaar Atan berkata, ia sekali gus melayakkan bandar ini sebagai finalis di peringkat global.

Menurutnya, kempen ini melibatkan sebanyak 56 buah bandaraya dari 26 negara di seluruh dunia.

ABDUL Ghafaar bergambar bersama kakitangan MBMB selepas sidang media tersebut.

“Antara negara terlibat seperti Korea Selatan, Perancis, Norway, Kanada dan Turki.

“Kempen ini mewujudkan kaedah komunikasi  antara wakil bandaraya (city official), komuniti setempat dan dunia mengenai isu perubahan iklim dan kemampanan bandar,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Kempen We Love Cities di Seri Negeri, semalam.

Orang ramai boleh membuat undian menerusi pautan ‘welovecities.org/melaka’ atau melalui laman web MBMB di www.mbmb.gov.my atau facebook rasmi MBMB.

Jelasnya, tarikh akhir undian adalah pada 11 Oktober depan dan orang ramai diminta supaya membuat undian sebelum tarikh tersebut.

“Markah tambahan akan diberi bagi undian yang menyertakan cadangan penambahbaikan yang diperlukan Bandaraya Melaka.

“Undian juga dikira melalui ‘posting’ di facebook rasmi MBMB yang disertakan #welovemelaka serta jumlah like dan komen diberikan orang ramai,” katanya lagi.

Untuk rekod, Bandaraya Melaka Bersejarah menjadi wakil Bandar di Malaysia ke peringkat akhir kempen tersebut.

Views:

348
Kongsi :
Previous post KM syukur pentadbiran negara masih dipimpini Muhyiddin
Next post Melaka United berjaya lengkapkan penswastaan
Ubah saiz-+=